Connect with us

Foodie

Lepak sambil bermain “board games” di kafe terletak di Cyberjaya

Published

on

Kebanyakan kafe dan restoran yang dibuka sekarang, mempunyai tarikannya tersendiri tidak kiralah dari dekorasi, makanan, minuman mahupun lokasinya.

Baru-baru ini kafe terbaru iaitu We Play Games telah dibuka di Tamarind Square, Cyberjaya. Kafe ini sangat unik kerana anda bukan sahaja boleh lepak dan chill, tapi boleh bermain games di sini!

Ruangan kafe besar, simple

Pastinya anda akan meluangkan masa seharian di sini kerana bukan sahaja kafe ini mempunyai ruang yang besar malah susun atur di dalam kedai juga sangat simple.

Susunan tempat duduk juga adalah berbeza-beza mengikut kumpulan, jadi anda tak perlulah risau kerana anda boleh ajak kawan-kawan, girlfriend, boyfriend dan keluarga ke sini.

300 board games yang berbeza

We Play Games mempunyai lebih daripada 300 pilihan permainan board games yang berbeza untuk pengunjung yang datang ke kafe mereka.y

Antara pilihan yang ada di sini permainan sesuai untuk seisi keluarga, permainan untuk kanak-kanak hinggalah permainan yang mencabar minda anda.

Kadar bayaran games serendah RM15

Terdapat empat pilihan bayaran yang bermula dari serendah RM15 hinggalah RM28 mengikut pilihan anda sendiri.

Pelbagai jenis hidangan juga!

Nama pun kafe, semestinya terdapat pelbagai jenis makanan yang ada di sini antaranya hidangan signature, Creamy Salted Egg Pasta dan Hearty Salted Egg Lava Croissant. 

Terdapat juga lapan pilihan hidangan lain terdiri daripada pasta beserta minuman dengan harga bermula RM17 dan jika ingin menikmati dessert hanya perlu tambah RM7 sahaja.

Daftar keahlian percuma

Jika anda mendaftar untuk menjadi member di kafe ini, anda boleh nikmati pelbagai faedah dan diskaun istimewa juga.

Paling best, 10% daripada pembelian anda akan ditukarkan menjadi kredit dimana ia boleh digunakan untuk membayar sesi permainan.

Board games dijual melalui web

Board games ini juga ada dijual di laman web We Play Games dan dengan setiap pembelian, anda boleh menikmati 20% kredit yang boleh digunakan di kafe ini nanti.

Lepa

Sumber : WePlayGames

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending