Foodie
Peniaga ‘street food’ di Myeong-Dong Korea, pamer logo Halal tapi tak tahu maknanya
Melancong ke luar negara adalah sangat menyeronokkan tetapi anda pasti akan dilemasetiap kali melancong ke luar negara kerana status makanan yang ada di sebuah tempat itu.
Memastikan status makanan itu halal adalah sangat penting bagi mengelakkan sebarang isu timbul kerana kelalaian kita tidak memastikan makanan dan minuman yang ada itu halal atau tidak.
Satu video yang dimuat turun oleh Daud Kim, seorang YouTuber Korea yang beragama Islam dimana video berkenaan dibuat di Myeong-dong Street, destinasi popular untuk membeli-belah dan juga lokasi tumpuan pelancong kerana terdapat banyak gerai menjual makanan-makanan tempatan.
Persoalan status halal
Persoalan yang timbul pada Youtuber ini adalah mengenai status halal makanan yang dijual di situ kerana ia sering menjadi tumpuan utama lebih-lebih lagi pelacongan yang beragama Islam.
Don’t Eat Korean Street Food?!
Don’t Eat Korean Street Food?!
Posted by Daud Kim on Friday, November 22, 2019
Tidak tau apa itu halal
Status halal adalah penting kerana untuk memastikan bukan sahaja dijamin halal tetapi makanan dan minuman bersih, selamat dan mengikut garis panduan halal yang ditetapkan.
Mengejutkan, kebanyakan rakyat di negara itu (Korea) tidak mengenali dan tidak tahu apa itu halal.
Eksperimen sosial di setiap gerai
Daud yang ditemani seorang rakan perempuannya, Sena itu melakukan satu eksperimen sosial di setiap gerai yang ada di Myeong-dong Street itu dan bertanya jika makanan yang dijual adalah halal atau tidak.
Tutup tanda halal lepas ditanya
Ada peniaga yang bertindak menutup tanda ‘halal’ selepas ditanya oleh Sena walaupun meletakkan tanda halal sebelum itu.
Beri kerjasama menyatakan status halal
Terdapat juga peniaga yang ditanya oleh Sena memberikan kerjasama apabila ditanya mengenai status halal makanan yang dijual oleh mereka.
Pengedar ayam tak dapat mengesahkan status
Bukan itu sahaja, Daud dan Sena turut menghubungi pembekal ayam kepada peniaga-peniaga di Myeong-dong Street namun pengedar ayam itu tidak dapat mengesahkan status bekalan ayam itu.
Sumber : Daud Kim, Astro Awani
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login