Foodie
Lelaki guna 2,000 bungkus mee segera bina rumah mainan untuk bakal anak
Orang tua selalu pesan, jangan bermain dengan makanan. Tapi beza pula dengan lelaki ini apabila melakukan perkara bertenangan dengan nasihat tersebut.
Zhang, bakal bapa dari Jilin, China menggunakan sebanyak 2,000 bungkus ramen bagi membina rumah permainan untuk bakal cahaya matanya.
Tapi sebenarnya mee ramen digunakan sudah tamat tempoh yang diperoleh daripada rakannya, seorang pembekal makanan segera kegemaran ramai itu.
Idea untuk membina rumah berkenaan bermula apabila dia menyedari bentuk mee sama seperti batu bata, jadi dia mengambil keputusan untuk mengitar semula ramen dengan menyusun menjadi sebuah rumah.
Lengkap dengan bahagian ruang tamu dan bilik tidur, rumah kira-kira empat meter persegi menggunakan gam itu mengambil masa empat hari untuk disiapkan.
Seluruh rumah mempunyai tiga tingkap bingkai kayu dan ‘bilik tidur’ yang dapat memuatkan sebuah tilam serta lukisan dihasilkan sendiri bagi menghiasi ruang tamu.
Sumber : Great Daily
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie3 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login