Connect with us

Uncategorized

Lelaki dari England travel sejauh 9,600km ke KL demi Nasi Lemak

Published

on

Pernah tak anda craving sangat nak makan sesuatu dan sanggup pergi mencarinya walaupun jauh?

Seorang lelaki sanggup menukar semua rancangannya untuk travel sejauh 9,600km ke Kuala Lumpur demi nasi lemak ayam kegemarannya.

Youtuber yang dikenali sebagai Darren Cronian itu telah merancang untuk menghabiskan masanya sepanjang musim winter di Greek sebelum ini.

Berubah fikiran selepas melihat gambar nasi lemak

Dia berubah fikiran selepas melihat gambar nasi lemak di laman Instagram dan menempah tiket kapal terbang dari Athens ke Kuala Lumpur dan merakam penuh perjalanannya sebelum dimuatnaik di Youtube.

Penerbangan itu mengambil masa 11 jam dan enam jam transit di Singapura sebelum sampai di KL.

Terus menikmati nasi lemak bila sampai

Dia yang tiba di KL terus menikmati nasi lemak berlauk ayam goreng tanpa memikirkan penerbangan yang lama dan jetlag.

Cronian mulai jatuh cinta dengan makanan kegemaran rakyat Malaysia itu semasa pertama kali datang ke KL.

Jatuh cinta selepas makan guna tangan

Pada mulanya, lelaki warga England ini makan hidangan itu dengan cara kebiasaan orang British sebelum cuba makan seperti penduduk tempatan.

Selepas mencampurkan hidangan seperti yang dilakukan oleh rakyat Malaysia, itu masanya dia jatuh cinta kepada nasi lemak.

Gemar dengan hidangan lain juga

Hidangan kegemarannya yang lain termasuklah laksa Sarawak, mee goreng mamak, mee kolok Sarawak dan juga makanan India di Brickfields.

Sudah menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya

Dia menganggap Malaysia sebagai rumah keduanya kerana makanan, sikap ramah rakyat Malaysia, aspek budaya yang pelbagai yang serta dia berasa dialu-alukan dan berasa selamat selepas tinggal di KL dan Penang seminggu.

Tinggal di Malaysia satu atau dua bulan

Malah, peniaga online ini sering menghabiskan masanya di Malaysia, menetap satu atau dua bulan di sini.

Kali ini, dia bercadang untuk tinggal di KL untuk sementara waktu sebelum ke Penang, Sibu dan Kuala Terengganu.

Sumber : Darren Cronian, Youtube Darren Cronian, Malaymail

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending