Foodie
Lebih pedas dari biasa, KFC bakal perkenal Ayam Goreng Szechuan Pepper Crunch
Restoran makanan segera KFC memperkenalkan semula Ayam Goreng Szechuan Pepper Crunch yang pernah diperkenalkan oleh restoran itu pada tahun 2017.
Pastinya ayam goreng ini menjadi rebutan ramai, kerana ingin membandingkan rasa Ayam Goreng Mcd dengan KFC.
Buat anda yang tidak tahu, Szechuan adalah sejenis cili yang digunakan dalam makanan khas dan paling digemari kerana mempunyai kombinasi rasa yang pedas, masam, masin dan manis.
Dalam tempoh trial sahaja
Melalui perkongsian di laman media sosial, ayam goreng ini sudah boleh didapati di beberapa cawangan KFC sahaja.
Ini kerana ia hanyalah dalam tempoh trial sahaja daripada restoran makanan segera itu sebelum dikomersialkan.
Harga dari RM14.90 sahaja
Harga KFC Szechuan ini pula bermula dari RM14.90 per set yang ada dua ketul ayam bersama coleslaw, kentang putar dan air minuman, manakala RM18.90 per set bagi tiga ketul ayam goreng.
Lebih kurang ayam gunting
Semestinya, ayam goreng ini mendapat sambutan daripada orang ramai dan bagi pemilik akaun ini ayam berasa masin dan lebih kurang dengan ayam gunting sahaja.
Pedas lagi ayam McD
Dikatakan ayam goreng Szechuan tidaklah sepedas ayam goreng Mcd dan rasanya itu hanyalah pedas suam-suam sahaja.
Perit tekak woii
Ayam goreng ini juga dikatakan sangat masin sehingga membuatkan tekak berasa perit dan masin berlebih-lebihan.
Dah nak habis
KFC Szechuan Pepper ini adalah terhad dan hanya boleh didapatkan di beberapa cawangan KFC sahaja antaranya cawangan KFC di Segamat, Damansara, Shah Alam, Muar, Giant Senawang, Baling, Setiawan, Marang, Pasir Mas dan Pekan
Sumber : Isaac Osman
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login