Connect with us

Foodie

Lagi perisa aneh, kini aiskrim perisa ‘Ubat Batuk Cap Ibu & Anak’ boleh didapati di Malaysia

May Ai Mui

Published

on

Sebut sahaja ubat batuk Cap Ibu dan Anak, pastinya membuatkan orang ramai mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka kerana rata-ratanya pernah menggunakan ubat batuk tersebut.

Ubat batuk itu juga popular dalam kalangan rakyat Malaysia, rasa ubat batuk yang manis sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami gejala batuk.

Namun siapa sangka, ubat batuk itu boleh dijadikan salah satu perisa untuk aiskrim. Aiskrim tersebut  dikenali sebagai ‘Pi Pa Koa Gelato’ dan boleh didapati di Ice Dream Cafe, Kota Kinabalu.

Ubat batuk jadi perisa untuk aiskrim?

Sedap ke tak?

View this post on Instagram

京都念慈菴川贝枇杷膏 Gelato ·成人 : 每日三次,每次一个scoop. ·小孩 : 每日三次,每次一小个scoop. Gelato Ubat Batuk Cap In dan Anak ·Dewasa : satu scoop, 3 kali 1 hari. ·Kanak-kanak : satu scoop kecil, 3 kali 1 hari. Powered by Ubat Batuk Cap In Dan Anak. Only at Ice Dream Cafe KK. #icedreamcafekk #gelato #gelatocapibudananak #musttry #kotakinabalu #kkdessert #kkgelato #kkcafe #sabah #handmade

A post shared by Ice Dream Cafe KK (@icedreamcafe) on

Wow! Laju betul habis…

Selepas pengumuman dibuat melalui laman Instagram mereka, aiskrim ‘Pi Pa Koa Gelato’ telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada pelanggan.

Oleh itu, kepada mereka yang inginkan kelainan, bolehlah mencuba aiskrim ‘Pi Pa Koa Gelato’ di Ice Dream Cafe KK yang terletak di Lot 11 First Floor, Lido Plaza, Jalan Kampung Kobusak, Kota Kinabalu, Sabah.

Sumber: Ice Dream Cafe KK

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending