Connect with us

Foodie

Sering batuk dan tidak selesa, ini tips pemakanan terbaik menghadapi jerebu!

Published

on

Fenomena jerebu yang melanda negara kita ini memberikan kesan kepada kesihatan kita, pastikan anda sentiasa menggunakan topeng mulut dan hidung.

Tapi tahukah anda, pemakanan juga haru diambil kira dan dijaga untuk memastikan kita kekal sihat dan mempertahankan sistem imunisasi badan serta menjauhkan diri kita dari pelbagai penyakit.

Ini adalah 9 tip pemakanan sihat yang dikongsi oleh  Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa jerebu di lawan web rasmi KKM.

1. Minum 6 hingga 8 gelas sehari

Air merupakan keperluan bagi setiap orang yang berfungsi sebagai pelarut makanan, garam mineral dan vitamin.

Selain itu, air juga mengawal suhu badan dan melancarkan peredaran darah dalam badan kita.

Tiap individu mestilah minum air 6 hingga 8 gelas air sehari.

2. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Minum jus dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran untuk membantu melawan penyakit kerana ia kaya dengan antioksida, vitamin, mineral dan serat.

3. Kurangkan kaffein

Kurangkan pengambilan kaffein seperti kopi dan minuman beralkohol yang menyebabkan anda kerap untuk membuang air kecil dan ini boleh menyebabkan dehidrasi.

4. Air suam lebih digalakkan

Pengambilan air suam adalah lebih baik daripada minuman yang sejuk ini kerana tubuh bahan kita akan kehilangan haba dengan cepat.

5. Zat makanan yang mencukupi

Pastikan anda juga mendapat zat makanan yang diperlukan. Jadi, makanlah mengikut piramid makanan.

6. Kurangkan makanan masin

Anda juga harus kurangkan pengambilan makanan seperti makanan masin atau bergaram yang akan menyebabkan kehausan dan dehidrasi.

7. Makanan dan minuman bersih

Selain itu, pastikan juga makanan dan minuman sentiasa dalam keadaaan yang bersih, dimasak dan disimpan ditempat yang sesuai bagi mengelakkan keracunan makanan.

8. Kekal aktif

Elakkan merokok kerana ia hanya akan menyebabkan keadaan memburukkan lagi keadaan.

Anda juga harus kekal aktif tapi elakkan atau kurangkan aktiviti di luar rumah ya.

9. Makan di tempat tertutup

Seelok-eloknya makan di rumah dan sediakan makanan anda sendiri kerana lebih terjamin.

Jika anda makan di luar, pastikn tempat anda makan adalah dalam keadaan tertutup. Paling baik adalah anda hanya bungkus sahaja makanan dan makan di rumah.

Semoga ini dapat membantu anda dan anda haruslah kerap membasuh muka serta bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

 

Sumber : Gambar Google, KKM

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending