Foodie
KFC memperkenalkan ‘ayam goreng’ berasaskan sayuran
Masyarakat yang mengamalkan pengambilan sayur-sayuran atau pemakanan yang sihat dan teringin “daging ayam” dalam bentuk nugget bakal menerima berita gembira.
Baru-baru ini, Restoran Francais makanan segera ayam tersohor dunia, KFC iaitu Kentucky Fried Chicken akan menyediakan makanan berasaskan sayuran tidak lama lagi. Ini kerana selepas memperkenalkan burger sayur-sayuran, KFC kini dalam proses menguji nugget dan “kepak ayam” berasaskan sayur-sayuran.
It’s Kentucky Fried Chicken but it’s made with @BeyondMeat. It’s confusing, but it’s also delicious. Feast on these Kentucky Fried miracles tomorrow while they last at KFC in Atlanta, Georgia. pic.twitter.com/lC5oYM1cmk
— KFC (@kfc) August 26, 2019
Jika segalanya berjalan lancar produk ayam berasaskan sayur-sayuran itu akan diperkenalkan di cawangan KFC seluruh dunia tidak lama lagi.
Selepas burger, kepak ayam dan nugget
Menyusul langkah Burger King’s pada awal tahun ini telah memperkenalkan Impossible Whopper, hamburger daging versi tanpa daging yang dibangunkan bersama-sama Impossible Foods.
KFC kini dalam proses menguji nugget dan “kepak ayam” berasaskan sayur-sayuran. seperti nugget dan kepak tanpa tulang dihasilkan daripada sumber sayuran.
Jika segalanya berjalan lancar produk ayam berasaskan sayur-sayuran itu akan diperkenalkan di cawangan KFC seluruh dunia tidak lama lagi.
Syarikat pengeluar makanan sayur-sayuran “Beyond Meat”, akan melancarkan Nugget baharu di KFC yang sudah berada di cawangan Atlanta dengan kerjasama menghasilkan menu baharu vegetarian dengan nama Beyond Fried Chicken.
“Kepak ayam” akan dihidangkan bersama nugget sayur-sayuran di beberapa cawangan terhad di Amerika Syarikat (AS).
Kotak berwarna putih hijau
Untuk memudahkan pencinta makanan sayur-sayuran, produk nugget dan kepak itu diedarkan dalam kotak berwarna putih hijau dengan tertera wajah bapa KFC, Kolonel Harland David Sanders.
Kotak hijau KFC itu akan tertera dengan perkataan “A Kentucky Fried Miracle”.
Namun, KFC mendakwa para pelanggannya akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan perbezaan antara nugget berasaskan sayur-sayuran dan nugget ayam.
PETA.org adalah organisasi yang memperjuangkan nasib haiwan ia juga mempunyai hak dan kepentingan mereka diambil kira, tidak kira sama ada mereka amat berguna kepada manusia atau tidak .
Nasib haiwan dan binatang yang aktif di AS iaitu mengalu-alukan usaha KFC yang memperkenalkan produk berasaskan sayur-sayuran kepada pelanggannya.
Ini adalah salah satu inisiatif baharu KFC untuk memberi kesadaran bahawa betapa pentingnya melindungi nyawa haiwan.
Sumber: Free Malaysia Today
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login