Connect with us

Foodie

Kering idea nak masak? Ini 10 senarai ‘Instafamous’ masakan yang wajib korang ‘follow’ di IG

Published

on

Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, orang ramai menggunakan media sosial sebagai medium untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Sebagai contoh, Instagram membolehkan pengguna memuat naik foto dan video. Namun terdapat sesetengah pengguna yang menggunakan platform tersebut untuk berkongsi resipi dan idea masakan kepada khalayak ramai.

Kehadiran ramai Instafamous makanan telah membantu memberikan idea masakan kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang sibuk bekerja tentang hidangan yang sesuai disediakan.

Berikut merupakan 10 senarai Instafamous masakan yang boleh diikuti oleh pengguna Instagram.

1. Khairul Aming

View this post on Instagram

Ex aku kat thailand cakap Nasi Goreng Tomyam ni sedap. Bahan-bahan (Ingredients) ⏩3 ulas bwg putih (3 cloves garlic) ⏩1 biji bawang merah (1 shallot) ⏩3-4 biji cili (3-4 chillis) ⏩1 batang serai yang di ketuk (1 lemongrass – pounded) ⏩1 sudu besar pes tomyam (1 tbsp tomyam paste) ⏩100 g ayam (100g chicken) ⏩Sedikit fish cake (a few fish cakes) ⏩Carrots ⏩3 helai daun limau purut (3 kaffir lime leaves) ⏩2 sudu kicap manis (2 tbsp sweet soy sauce) ⏩1 sudu air (1 tbsp water) ⏩Sedikit garam (a pinch of salt) ⏩1 biji telur (1 egg) ⏩1 mangkuk nasi putih (1 bowl cooked white rice) . . #food #foodie #minum #juice #malaysia #kualalumpur #tasty #foodporn #healthy #drink #2018 #eat #recipe #resepi #masak #dapur #dapurlonely #lapar #makan #rasapop #potato #corndog #hotdog

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Nama Khairul Aming tidak asing dalam kalangan pengikut media sosial, ini terbukti apabila dia mempunyai pengikut seramai 1.1 juta. Kehadirannya telah membuktikan bahawa lelaki juga mahir menyediakan pelbagai hidangan.

Selain masakan berat, Khairul Aming turut memuat naik video menu hidangan ringan yang sesuai untuk setiap lapisan umur. Rakaman video yang bersahaja dan kelakar telah menambat hati penonton.

2. Masak with passion

https://www.instagram.com/p/Bq4VvAdHxXj/

Laman Instagram Masak with passion ini dikendalikan oleh tiga wanita berasal dari Kelantan, salah satunya adalah Datin Ismatia. Selain memuat naik video memasak, mereka juga telah membuka tempahan makanan kepada orang ramai yang ingin merasai hidangan mereka.

Antara menu tempahan yang boleh didapati ialah nasi kerabu ayam percik, ayam mangga, kuih akok dan kek batik.

3. Adamdidam

https://www.instagram.com/p/BqEkwYNHSco/

Adamdidam yang merupakan pengacara untuk sebuah rancangan makanan ini rajin memuat naik video masakannya di Instagramnya. Dia yang cukup sinonim dengan masakan Thailand telah menambat hati beberapa selebriti terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan Awal Ashaari yang turut mengikuti Instagram miliknya.

4. Rosehayatie kitchen

View this post on Instagram

sambal ayam… . BAHAN2:- ayam dilumur garam dan serbuk kunyit kenudian goreng separuh garing bawang merah (kisar) bawang putih (kisar) halia (kisar) serai (ketuk) cili kering kisar asam keping sos plam gula garam & perasa bawang besar (potong bulat) .

A post shared by Rosehayatie Kitchen (@rosehayatie_kitchen) on

Kepada penggemar masakan Melayu, anda boleh mengikuti Instagram Rosehayatie, kerana dia begitu sinonim dengan resipi masakan Melayu. Antara video makanan yang popular adalah, sambal ayam, tempoyak ikan patin dan sambal udang petai.

5. Raffie Yusoff

https://www.instagram.com/p/Bt0mnecHKJz/

Raffie Yusoff yang merupakan pemilik perniagaan Indulge By Coco ini seringkali dilihat memuat naik video masakan di laman Instagramnya.

Anak kelahiran Terengganu ini boleh dijadikan sebagai contoh kepada orang ramai kerana berjaya memiliki kafe sendiri pada usia yang masih muda.

6. Azie kitchen

Sebagai seorang blogger terkenal, Azie Kitchen tidak melepaskan peluang memuat naik video masakan di Instagram. Dia telah banyak mempromosikan produk masakan Malaysia.

Walaupun tidak aktif memuat naik video di laman sosial seperti Instafamous yang lain, namun ruangan blog Azie Kitchen masih menjadi rujukan kepada peminatnya.

7. AdikFoods

https://www.instagram.com/p/BtYQbk-hfI1/

Walaupun tidak menggelar dirinya sebagai chef profesional, namun masakan AdikFoods ternyata dilihat amat menyelerakan dan sesuai kepada mereka yang baru bertatih dalam dunia masakan.

Video masakan yang dimuat naik oleh AdikFoods tidak terhad kepada hidangan barat, namun turut menghidangkan menu tempatan. Kepada mereka yang ingin mengikuti cara masakan AdikFoods dengan lebih jelas, bolehlah melayari laman YouTube AdikFoods. 

8. Cik Wani kitchen

https://www.instagram.com/p/BmpeYFFAjdZ/

Cik Wani kitchen menjadi salah satu laman Instagram yang sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak, kerana dia akan menjelaskan cara-cara memasak dengan teliti.

Selain itu, Cik Wani Kitchen juga ada berkongsi resipi menyediakan kuih-muih seperti apam beras, pisang goreng, serta ubi goreng.

9. Saramakan

Gadis bernama Sara ini gemar memuat naik foto masakan di Instagram miliknya yang mempunyai 23,100 pengikut. Walaupun masih muda, kemahiran memasaknya tidak kurang hebat berbanding Instafamous yang lain. Malah, hidangan yang disediakannya pasti membuatkan pengikutnya terliur.

10. Bunga lavenders

https://www.instagram.com/p/BosakOqACKg/

Sebaik melihat sahaja foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Bunga Lavenders, pastinya ramai akan berasa lapar, kerana hidangan yang dimuat naik kelihatan menarik dan menyelerakan.

Kepada mereka yang kekurangan idea untuk memasak, anda bolehlah mengikuti akaun Instagram Bunga Lavenders.

Sumber : Instagram

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending