Foodie
Kering idea nak masak? Ini 10 senarai ‘Instafamous’ masakan yang wajib korang ‘follow’ di IG
Dengan kemajuan teknologi pada masa kini, orang ramai menggunakan media sosial sebagai medium untuk berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Sebagai contoh, Instagram membolehkan pengguna memuat naik foto dan video. Namun terdapat sesetengah pengguna yang menggunakan platform tersebut untuk berkongsi resipi dan idea masakan kepada khalayak ramai.
Kehadiran ramai Instafamous makanan telah membantu memberikan idea masakan kepada orang ramai terutamanya kepada mereka yang sibuk bekerja tentang hidangan yang sesuai disediakan.
Berikut merupakan 10 senarai Instafamous masakan yang boleh diikuti oleh pengguna Instagram.
1. Khairul Aming
Nama Khairul Aming tidak asing dalam kalangan pengikut media sosial, ini terbukti apabila dia mempunyai pengikut seramai 1.1 juta. Kehadirannya telah membuktikan bahawa lelaki juga mahir menyediakan pelbagai hidangan.
Selain masakan berat, Khairul Aming turut memuat naik video menu hidangan ringan yang sesuai untuk setiap lapisan umur. Rakaman video yang bersahaja dan kelakar telah menambat hati penonton.
2. Masak with passion
https://www.instagram.com/p/Bq4VvAdHxXj/
Laman Instagram Masak with passion ini dikendalikan oleh tiga wanita berasal dari Kelantan, salah satunya adalah Datin Ismatia. Selain memuat naik video memasak, mereka juga telah membuka tempahan makanan kepada orang ramai yang ingin merasai hidangan mereka.
Antara menu tempahan yang boleh didapati ialah nasi kerabu ayam percik, ayam mangga, kuih akok dan kek batik.
3. Adamdidam
https://www.instagram.com/p/BqEkwYNHSco/
Adamdidam yang merupakan pengacara untuk sebuah rancangan makanan ini rajin memuat naik video masakannya di Instagramnya. Dia yang cukup sinonim dengan masakan Thailand telah menambat hati beberapa selebriti terkenal seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan Awal Ashaari yang turut mengikuti Instagram miliknya.
4. Rosehayatie kitchen
Kepada penggemar masakan Melayu, anda boleh mengikuti Instagram Rosehayatie, kerana dia begitu sinonim dengan resipi masakan Melayu. Antara video makanan yang popular adalah, sambal ayam, tempoyak ikan patin dan sambal udang petai.
5. Raffie Yusoff
https://www.instagram.com/p/Bt0mnecHKJz/
Raffie Yusoff yang merupakan pemilik perniagaan Indulge By Coco ini seringkali dilihat memuat naik video masakan di laman Instagramnya.
Anak kelahiran Terengganu ini boleh dijadikan sebagai contoh kepada orang ramai kerana berjaya memiliki kafe sendiri pada usia yang masih muda.
6. Azie kitchen
Sebagai seorang blogger terkenal, Azie Kitchen tidak melepaskan peluang memuat naik video masakan di Instagram. Dia telah banyak mempromosikan produk masakan Malaysia.
Walaupun tidak aktif memuat naik video di laman sosial seperti Instafamous yang lain, namun ruangan blog Azie Kitchen masih menjadi rujukan kepada peminatnya.
7. AdikFoods
https://www.instagram.com/p/BtYQbk-hfI1/
Walaupun tidak menggelar dirinya sebagai chef profesional, namun masakan AdikFoods ternyata dilihat amat menyelerakan dan sesuai kepada mereka yang baru bertatih dalam dunia masakan.
Video masakan yang dimuat naik oleh AdikFoods tidak terhad kepada hidangan barat, namun turut menghidangkan menu tempatan. Kepada mereka yang ingin mengikuti cara masakan AdikFoods dengan lebih jelas, bolehlah melayari laman YouTube AdikFoods.
8. Cik Wani kitchen
https://www.instagram.com/p/BmpeYFFAjdZ/
Cik Wani kitchen menjadi salah satu laman Instagram yang sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak, kerana dia akan menjelaskan cara-cara memasak dengan teliti.
Selain itu, Cik Wani Kitchen juga ada berkongsi resipi menyediakan kuih-muih seperti apam beras, pisang goreng, serta ubi goreng.
9. Saramakan
Gadis bernama Sara ini gemar memuat naik foto masakan di Instagram miliknya yang mempunyai 23,100 pengikut. Walaupun masih muda, kemahiran memasaknya tidak kurang hebat berbanding Instafamous yang lain. Malah, hidangan yang disediakannya pasti membuatkan pengikutnya terliur.
10. Bunga lavenders
https://www.instagram.com/p/BosakOqACKg/
Sebaik melihat sahaja foto yang dikongsikan oleh pemilik akaun Bunga Lavenders, pastinya ramai akan berasa lapar, kerana hidangan yang dimuat naik kelihatan menarik dan menyelerakan.
Kepada mereka yang kekurangan idea untuk memasak, anda bolehlah mengikuti akaun Instagram Bunga Lavenders.
Sumber : Instagram
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login