Channel
Kedai buku Bookxcess bertemakan terowong terbaru di Setia Alam
Bagi ulat buku, ini pastinya berita baik untuk anda kerana telah bertambah satu lagi tempat untuk anda mendapatkan buku-buku yang anda inginkan.
Jika sebelum ini kedai buku BookXcess telah membuka cawangannya di Pulau Pinang pada awal tahun ini. Kali ini, BookXcess baru sahaja membuka cawangan yang ke-8 di Sunsuria Forum, Setia Alam, Selangor pula.
Rak buku mengelilingi tangga spiral
Terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah, pengunjung yang melangkah masuk ke kedai buku ini pastinya dapat melihat rak buku yang mengelilingi tangga spiral yang akan membawa anda ke kedai buku bawah tanah.
Bertemakan ‘terowong buku’ yang unik
Terowong rak buku ini menawarkan pengalaman baru kepada anda. Anda pastinya dapat merasai suasana yang berbeza berbanding dengan kedai buku lain.
Pelbagai koleksi buku untuk semua peringkat umur
Bukan sahaja keunikan reka bentuk dalaman menjadi tarikan, malah pelbagai koleksi buku terdapat di sini yang sesuai untuk semua peringkat umur.
Dari buku fiksyen dan bukan fiksyen, buku kanak-kanak, novel, buku seni ,dan bermacam-macam pilihan buku terdapat di sini.
Sudut kerja dan bacaan yang selesa!
BookXcess juga menyedikan sudut kerja dan bacaan yang banyak di sekitar kedai buku ini yang sememangnya sangat selesa.
Selain itu, terdapat cafe iaitu Wolf Cafe di dalamnya, anda boleh bersantai sambil membaca buku.
Mini-maze di bahagian kanak-kanak
Bagi anda yang mempunyai anak, BookXcess mempunyai bahagian kanak-kanak yang pasti menarik minat anak anda untuk menerokai dan menambahkan minat mereka untuk membaca, kerana terdapatnya mini-maze.
Sumber : BookXcess, therakyatpost, 走咯 我们吃喝旅行去
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login