Travel
Ke Seoul dan Pulau Jeju dengan bajet RM1500 selama 8 hari, lelaki ini kongsi ‘tips’
Negara Korea Selatan sudah semestinya menjadi antara destinasi pilihan orang ramai untuk bercuti, selain pengaruh industri muzik K-pop, negara itu juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong.
Seorang lelaki yang dikenali sebagai Zairul Najmi, telah memuat naik percutiannya ke Pulau Jeju dan Seoul yang hanya memerlukan bajet sebanyak RM1500, bajet tersebut juga termasuk tiket penerbangan pergi dan balik.
Perkongsiannya turut dilengkapi dengan bajet dan itinerari sepanjang bercuti ke negara tersebut.
Kadar tukaran mata wang…
Menurut Zairul, kadar tukaran mata wang antara Korea Selatan dan Malaysia ialah 10,000 krw bersamaan dengan RM36.07.
Kos penerbangan
Semasa percutian ke Korea Selatan, Zairul telah memilih penerbangan pergi balik Air Asia dari Kuala Lumpur ke Pulau Jeju, kos yang diperlukan adalah RM337 untuk seorang ketika musim promosi dilakukan oleh pihak Air Asia.
Kos tersebut termasuklah hidangan dalam penerbangan yang berjumlah RM30. Selain itu, dia turut membeli tiket penerbangan Jeju Air yang berharga RM180 untuk perjalanannya dari Pulau Jeju ke Gimpo, Seoul.
Sewa kereta
Tambahan lagi, Zairul memilih syarikat Tasio untuk menyewa kereta di Pulau Jeju. Dia telah menyewa kereta berjenama Kia selama 30 jam iaitu dari 8 pagi (17/2/2019) hingga 2 petang (18/2/2019).
Harga untuk menyewa kereta di Pulau Jeju adalah sebanyak 36800 won, termasuk pakej insurans.
Penginapan
Dari segi penginapan, Zairul telah menginap di Sky Hill Hotel sepanjang percutiannya di Pulau Jeju. Kos penginapan adalah berharga RM40 per orang atau semalam. Jadi, jumlahnya adalah sebanyak RM120 selama 3 hari.
Di Seoul, dia memilih ‘guest house’ yang dikenali sebagai Itaewon Time Zone dan membayar 40k won untuk 4 malam. Harga yang ditawarkan adalah 10k won per orang atau semalam.
Insurans & Wifi rental (Aplikasi Klook)
Pembelian insurans juga penting ketika bercuti ke sesebuah negara. Berikutan itu, Zairul telah memilih ‘Axa travel insurance’ yang mengenakan bayaran RM20 untuk seorang.
Manakala wifi pula, dia telah menyewa wifi melalui aplikasi Klook. Harga yang dicaj adalah RM96 untuk 8 hari kerana kos sehari ialah RM12. Wifi tersebut juga boleh digunakan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan,
Dengan ini, Zairul dan 2 orang ahli keluarganya telah berkongsi dan dikenakan bayaran RM32 seorang.
Jumlah Perbelanjaan
Setakat ini, jumlah perbelanjaan yang telah digunakan adalah sekitar RM719 + 76800 won (RM276.49), iaitu RM995.49
Hari pertama (11/2/2019)
- KLIA – Jeju (8 pagi – 3 petang)
- Bas ke bandar Jeju (1100 won)
- Check in Sky Hill Hotel (+82647515177)
- Bas ke Dongmun Market, open hour (8 pagi – 9 malam), (1100 won)
- Strawberry (7000 won)
- Jumlah = 9200 won
Hari kedua (12/2/19)
- Jeju City Sight Seeing
- Jeju – Gimpo (Seoul), (1 tengah hari – 2 petang)
- Subway (Gimpo – Stesen Itaewon), (1550 won)
- Check in Itaewon time zone
- Sultan kebab (Pilaf rice set – 9900 won/3)
- Subway (Itaewon – Stesen City Hall), (1250 won)
- Deoksogung Palace (1k won)
- Ice skating (1000 won) – Pintu no.5
- City Hall – Stesen Honggik (Bertentangan dengan Deoksogung Palace)
- Hongdae
- Stesen Honggik – Itaewon (1250 won)
- Jumlah = 9350 won
Hari ketiga (13/2/19)
- Subway (Itaewon – Sangbong – Gapyeong – Baeyangri), (2450 won)
- Shuttle bas ke Elsyian Ski Resort (Percuma)
- Subway (Baeyangri – Gapyeong), (1250 won)
- Shuttle bas hijau (6000 won)
- Nami Island (13k won)
- Petite France (8k won)
- Rail bike
- Morning Calm Garden
- Stesen Cheongpyeong
- Subway (Cheongpyeong – Stesen Itaewon) 2150 won
- Jumlah = 32850 won
Hari keempat (14/2/19)
- Itaewon – Stesen Gwanghanmun (1250 won)
- Statue king sejong
- Gyeongbokgung Palace (3k won), Percuma pakai hanbok
- Buckhon hanok village
- Hanbok rental
- Hanboknam, 2.5 hour, (9k won)
- Gyeongbokgung – Stesen Dongdaemun (1250 won)
- Dongdaemun market
- Design plaza
- Night market
- Dongdaemun – Stesen Itaewon (1250 won)
- Hajj halal food 10k/person
- Jumlah = 22750 krw
Hari kelima (15/2/19)
- Itaewon – Stesen Seoul World Cup Stadium (1250 won)
- Seoul World Cup Stadium
- World Cup Stadium – Stesen Seoul (1250 krw)
- Stesen Seoul – Namsan (bas shuttle namsan sunhwan no 3 warna kuning/hijau-1100 won) exit 9
- Namsan tower
- Cable car (9500 krw return/7000 krw one way)/lift(namsan oreumi elevator)/hiking
- Myeondong street food/night market
- Subway (Myeondong – Stesen Itaewon), (1250 won)
- Namsan tower
- Busan jib halal food 10k/person
- Jumlah: 21850 won
Hari keenam (16/2/19)
- Subway (Itaewon – Stesen Samseong), (1350 won)
- Coex library
- Gangnam style
- Subway (Bongeunsa – Stesen Itaewon, (1350 won)
- Masjid Itaewon
- Eid halal food 12k/person
- Subway (Itaewon – Stesen Gimpo), (1550 won)
- GMP – CJU Gimpo (Seoul) – Jeju (6 petang – 7 petang)
- Bas ke bandar Jeju, (1100 won)
- Check in – Sky Hill Hotel (+82647515177)
- Jumlah=17350 krw
Hari ketujuh (17/2/19)
- Check out Sky Hill Hotel
- Bas ke Tasio car rental 8am pick up car, (1100 won)
- Seongsan illchubong (+82647283393) (2000 krw)
- Woljeongri beach (+82647283393)
- Seopjikoji (+82647820080) (1000 krw/car)
- Gimnyeong beach (+82647283393)
- Seongsan canola farm (1000 krw)
- Seowgipo maeil olle market
- Check in
- Jumlah = 5100 krw
Hari kelapan (18/2/19)
- Check out
- Halasan (+82647479950)
- Mysterious road (+82647507059)
- Seowgipo city
- Jeonbang waterfalls (2000 krw/person)
- Minyak kereta 24k won/3 org
- Return car at tasio on 2pm
- Bas free to airport
- CJU-KUL Jeju-klia 4pm-11pm
- Jumlah = 10k won
Jumlah keseluruhan
Secara keseluruhannya, percutian ini hanya menggunakan RM1463. Kepada mereka yang mempunyai perancangan untuk bercuti ke Korea Selatan secara bajet, bolehlah anda mengikuti itinerari yang dimuat naik oleh pengguna Facebook tersebut.
Sumber: Zairul Najmi
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login