Connect with us

Foodie

Kangkung sebagai penyedut minuman? Restoran Thailand ini perkenal ‘straw kangkung’

Published

on

Sejak kebelakangan ini, pihak kerajaan telah mempergiatkan kempen kesedaran alam sekitar kepada orang ramai demi mengurangkan pencemaran alam sekitar, terutamanya isu pembuangan plastik yang semakin serius.

Sempena dengan kempen tersebut, kebanyakan restoran tempatan telah melancarkan kempen ‘Say No To Plastic and straw’. Kempen ini disambut baik oleh pengusaha makanan, antaranya restoran makanan segera seperti McDonald’s, dan  Texas Chicken.

Straw diperbuat daripada kangkung?

Kini, pelbagai jenis penyedut minuman yang diperbuat daripada kertas, buluh, dan logam boleh didapati di pasaran.

Menyedari akan inisiatif tersebut, sebuah restoran di Thailand telah memperkenalkan penyedut minuman yang diperbuat daripada bahagian batang sayur kangkung.

Wow, nampak menarik!

Restoran yang dikenali sebagai Broccoli Revolution itu merupakan restoran vegan yang terletak di Bangkok, Thailand.

Melalui posting yang dimuat naik oleh mereka di laman Facebook, restoran itu mula menyediakan ‘straw kangkung’ pada tahun 2018.

Nak minum kopi pun boleh guna straw kangkung?

‘Straw kangkung’ boleh dimakan…

Selain berfungsi sebagai penyedut minuman, pelanggan juga boleh menikmati ‘straw kangkung’ tersebut selepas selesai menikmati minuman mereka.

Kepada pelanggan yang tidak menggemari kangkung, anda tidak perlu risau kerana straw tersebut boleh dilupuskan.

Pelanggan juga diberi pilihan untuk membeli straw yang mesra alam di restoran tersebut seperti glass straws, metal straws, bamboo straws dan straw cleaners.

Penggunaan ‘straw kangkung’ merupakan idea yang kreatif selain dilihat sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Sumber: Mothership

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending