Connect with us

Foodie

Kafe disimbah cat merah, Xing Fu Tang tak akan tunduk kepada pembuli

Published

on

Sebut sahaja bubble tea, pasti penggemar minuman yang viral ini tahu terdapat banyak kedai yang menjadi pilihan hati orang ramai.

Salah satu jenama minuman bubble tea dari Taiwan yang memang terkenal iaitu Xing Fu Tang memang menjadi kegilaan walaupun harganya adalah lebih kurang dua kali ganda dari minuman bubble tea yang biasa.

Terbaru, kecoh di laman sosial apabila pihak Xing Fu Tang telah memuat naik gambar dua cawangannya yang telah disimbah cat merah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tidak akan tunduk kepada pelaku

Melalui laman Facebook Xin Fu Tang, pihak mereka tidak akan tunduk kepada pihak yang melakukannya dan telah melakukan laporan kepada pihak polis atas kejadian itu.

Rakaman CCTV pada hari kejadian telah diserahkan kepada pihak polis sekaligus laporan telah dibuat.

Motif masih tidak diketahui

Syarikat yang membawa Xing Fu Tang masuk ke negara ini iaitu Collab Working Lifestyle mempunyai pertelingkahan dengan syarikat induk jenama berkenaan di Taiwan.

Jenama minuman bubble tea ini juga menyatakan Collab Working Lifestyle telah mengenakan permintaan yang tidak munasabah.

Tamatkan kontrak bersama Collab Working Lifestyle

Kenyataan secara terbuka juga telah dibuat oleh Xing Fu Tang yang akan menamatkan kontrak mereka bersama Collab Working Lifestyle itu.

Dakwaan yang dibuat itu tidak dipersetujui kerana kedua-dua telah menandatangani kontrak selama 10 tahun sebelum ini.

https://www.facebook.com/XFTMALAYSIA/posts/2148577058780895

Punca pertelingkahan adalah kerana mesin

Pertelingkahan antara dua syarikat ini adalah kerana mesin pembuatan boba berbentuk hati yang berharga RM120,00 yang perlu dibeli dan perlu diletakkan di kesemua cawangan minuman bubble tea itu di Malaysia.

https://www.facebook.com/XFTMALAYSIA/posts/2145482175757050

Sumber : Xing Fu Tang Malaysia

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending