Travel
Jom ke kolam air masin buatan terbesar di Asia di Kepulauan Riau!
Tahukah anda kolam terbesar dunia terletak di Chile? Manakala, kolam terbesar di Asia hanya terletak di negara jiran kita sahaja iaitu Indonesia.
Indonesia memang sentiasa menjadi destinasi pilihan percutian orang tempatan di sana mahupun pelancong luar kerana negara itu mempunyai hampir 18,000 pulau.
Seorang gadis di laman Twitter, dikenali sebagai @NurulDarling telah berkongsi tempat yang menarik di sekitar Kepulauan Riau yang juga berdekatan dengan Batam.
Kolam renang terbesar di Asia
Anda pasti teruja kerana di sini anda boleh berenang sepuas hati dan menariknya air di kolam ini adalah air masin tau!
Hanya 15 minit dari Malaysia
Treasure Bay Bintan ini terletak di Kepulauan Riau, Indonesia, hanya sejam sahaja dari Malaysia jika menaiki feri dan jika anda mahu cepat, boleh naik speedboat dalam 15 minit sahaja tapi bayarannya agak mahal.
Banyak aktiviti antaranya berkayak!
Di Treasure Bay Bintan, banyak aktiviti yang boleh dibuat selain mandi-manda. Antara aktiviti tersebut ialah berkayak, sailboat dan banyak lagi!
White Sands Island
Pulau ini memang tidak mempunyai ramai pengunjung, pasir pantai yang putih dan jika anda suka tempat yang ada privacy, memang wajib ke sini.
Di pulau ini anda ada banyak pilihan sama ada nak day trip atau bermalam di chalet yang cantik!
Lagoi Bay Bintan
Tempat yang sangat sesuai untuk chill, selain boleh mandi-manda, di sini boleh buat aktiviti sepeti bermain ATV dan banana boat.
De Bintan Villa
Tempat in adalah hotel yang sangat cantik tetapi ia dibuka kepada orang ramai, masuk dan berenang sahaja pun boleh.
Bayaran yang dikenakan adalah 25k Rupiah, paling best jika anda tidak berenang, anda akan dapat makanan iaitu nasi goreng dan minuman sebagai ganti.
Gurun Pasir, Tanjung Uban
Jika anda pernah ke Klebang, tempat ini lebih kurang dan hanya menjadi port bergambar atau OOTD sahaja.
Pantai Madu Tiga, Trikora
Amboi, nama pantai memang seram sikit, Pantai Madu Tiga tapi sini adalah port untuk melepak sambil melihat sunset.
Hidden Gems
Gadis ini juga menemui lokasi rahsia dan tempat ini memang mempunyai view yang sangat cantik dengan air danau yang kebiru-biruan.
Sumber : @NurulDarling, @mattravelmy
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login