Connect with us

Travel

Jerebu makin parah, Bukit Broga pula terbakar

Published

on

Bukit Broga yang terletak di Semenyih ini adalah bukit yang popular dan sentiasa menjadi pilihan para pendaki untuk aktiviti mendaki.

Kebiasaannya para pendaki akan memulakan pendakian ke Bukit Broga mereka selepas subuh kerana pemandangan matahari terbit yang indah.

Keindahan Bukit Broga!

2.8 hektar Bukit Broga terbakar!

Namun, kawasan belukar seluas 2.8 hektar di bukit itu terbakar semalam, akibat tindakan pihak pendaki yang tidak bertanggungjawab yang telah melakukan aktiviti di situ.

Api marak berjaya diselamatkan pihak bomba…

Susulan itu, telah tular di laman sosial beberapa individu yang memuatnaik gambar keadaan semasa kejadian di Bukit Broga.

Api yang marak telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh 25 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bahagian Semenyih dan Bangi daripada terus merebak.

Keadaan Bukit Broga selepas kejadian kebakaran..

Pihak bomba juga telah melakukan pencarian bagi pendaki yang tersesat ketika mendaki bukit berkenaan.

Diharapkan para pendaki tidak melakukan perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini. Inikan hak bersama, sepatutnya kita menjaga alam sekitar bersama-sama.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending