Travel
Jauh beza dari Malaysia! Gadis ini kongsi kecanggihan tandas di Jepun yang mesra pengguna
Sebut sahaja negara Jepun, pasti ramai mempunyai tanggapan yang sama dimana rata-rata rakyat Malaysia sangat mengagumi persekitaran dan kebersihan yang terdapat di semua sudut kawasan negara tersebut.
Negara matahari terbit itu juga sememangnya terkenal dengan sikap mereka yang sangat berdisiplin dalam setiap aspek kehidupan. Banyak perkara yang boleh dicontohi antaranya dari segi kebersihan, masa dan pertuturan mereka yang sangat sopan santun.
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial Facebook yang dikenali sebagai Zatul Iffah Fakharuldin telah berkongsi pengalamannya ketika bercuti ke negara Jepun terutama mengenai tahap kebersihan tandas di Jepun.
“Satu kerajaan/negara itu maju adalah dengan melihat kebersihan tandas mereka.”
Bagi yang pernah bercuti ke negara-negara maju, kebersihan tandas amat dititikberatkan oleh masyarakat mereka. Walaupun di kawasan pedalaman, tandas mereka masih dijaga dengan rapi dan bersih untuk memastikan keselesaan orang ramai. Jika dibandingkan dengan negara membangun seperti Malaysia, negara ini masih jauh ketinggalan.
Tandas ada alat pemanas dan butang air…
Apabila berkunjung ke sana, pasti ramai yang ‘culture shock’ kerana tandas di Jepun mempunyai alat pemanas dan butang air yang boleh digunakan oleh orang ramai untuk menjamin keselesaan mereka.
Pada kebiasaannya, alat pemanas itu akan digunakan oleh orang ramai ketika berlaku musim dingin. Jadi, bagi sesiapa yang menggunakan tandas tersebut sudah tentu tidak akan berasa sejuk.
Selain itu, tandas di situ juga menyediakan beberapa butang air dimana pengguna boleh mengawal paras dan arah air sekaligus memudahkan penggunaan mereka.
Menariknya tentang butang yang terdapat di tandas ini, ia juga boleh mengeluarkan bunyi muzik ketika orang ramai melepaskan “hajat” mereka.
Tempat duduk bayi disediakan dalam tandas…
Para ibu juga seringkali berasa sukar dan tidak selesa kerana perlu mendukung anak-anak mereka apabila ke tandas. Walaubagaimanpun, negara Jepun turut memberi jalan penyelesaian kepada mereka dengan meyediakan tempat duduk bayi.
Ini secara langsung memudahkan mereka tanpa perlu risau akan keselamatan anak-anak mereka. Tandas di Jepun juga mempunyai sistem auto flush yang memastikan kebersihan tandas sentiasa terjaga.
Tandas dua dalam satu
Siapa sangka di atas tangki air flush boleh dijadikan sebagai sinki untuk pengguna, namun kecanggihan ini hanya terdapat di sesetengah tandas sahaja.
Fungsi sinki tersebut sangat berguna di mana selepas pengguna mencuci tangan mereka, air itu akan dikitar semula dan dijadikan sebagai air flush. Justeru, pengjimatan air boleh dilakukan menerusi tandas dua dalam satu.
Ternyata tandas di negara tersebut jauh lebih canggih dan inovatif. Kemudahan awam di sana juga amat mementingkan keselesaan pengguna dan bernasib baik kerana rakyat mereka mempunyai mentaliti yang tinggi dalam penjagaan tandas awam.
Dengan ini, harapan bahawa negara Malaysia dapat mencontohi sikap dan akhlak rakyat Jepun agar menjadi sebuah negara yang maju tidak kira dari segi infrastruktur dan juga pemikiran.
Sumber: Facebook Zatul Iffah Fakharuldin
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login