Connect with us

Foodie

Jalan sesak 1km gara-gara hari pertama IKEA Batu Kawan dibuka

May Ai Mui

Published

on

Pembukaan cawangan IKEA terbaru di Batu Kawan, Pulau Pinang pada 14 Mac yang lalu telah disambut baik oleh penduduk setempat. IKEA Batu Kawan adalah cawangan ke-4 yang dibuka di Malaysia dengan keluasan sebesar 43, 678 kaki persegi, gedung itu menjadi gedung IKEA yang kedua terbesar di negara ini selepas IKEA Tebrau, Johor Bahru.

Selain itu, IKEA Batu Kawan juga merangkumi 1,955 tempat letak kenderaan dan telah menyediakan bus shuttle percuma daripada Penang Design Village ke pusat beli-belah itu untuk memudahkan perjalanan orang ramai.

Sempena dengan pembukaan tersebut, orang ramai telah berpusu-pusu ke pusat beli-belah itu dan terdapat beberapa pengunjung yang telah beratur seawal 7 pagi lagi.

Antara pengunjung yang terawal adalah Jahziah Mohd. Hamid, Normah Kechot and Norlaili Hussin dan mereka dilaporkan telah menunggu selama 3 jam sebelum hanya dibenarkan masuk ke dalam gedung tersebut pada jam 10 pagi.

Berikutan sambutan hangat yang diberikan oleh para pengunjung, kawasan sekitar IKEA Batu Kawan telah mengalami kesesakan lalu lintas sepanjang 1 km di Persiaran Cassia Selatan 8.

Menurut Pathmalingam Arumugam, pengurus IKEA Batu Kawan, sebanyak 32,000 meatballs telah terjual pada hari pertama pusat beli-belah itu dibuka. Malah, jualan karipap juga mencecah 23,600 pada hari yang sama.

Kini, penduduk di utara Semenanjung sudah boleh membeli perabot dan menikmati meatballs di IKEA Batu Kawan tanpa perlu berkunjung ke cawangan IKEA Cheras dan Damansara lagi.

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending