Connect with us

Foodie

JAIP dedahkan hanya dua kedai Mamak sahaja miliki sijil Halal di Pahang

Published

on

Setiap restoran memerlukan sijil halal yang diperakui oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuklah kandungan yang digunakan adalah bersih, selamat, dan mengikut syarak.

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan hanya dua restoran mamak di Pahang yang memiliki sijil halal.

JAIP membuat kempen kesedaran miliki sijil halal

Bagi meningkatkan kesedaran memiliki sijil halal kepada semua pengusaha restoran mamak dan juga kedai lain, pihak JAIP akan membuat kempen, serta meningkatkan penguasaan bagi pemantauan.

Menurut JAIP, pengusaha restoran yang enggan memohon sijil halal berkemungkinan kerana menerima ramai pelanggan, sehinggakan mereka merasakan keperluan memiliki sijil halal penting, walaupun proses permohonan tidak rumit.

JAIP membantu memudahkan urusan jika tiada wakil

Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz berkata, pihak pengusaha hanya perlu membuat pembayaran sebanyak RM200 bagi tempoh dua tahun pemilikan sijil halal dengan segala syarat dipenuhi

Kakitangan JAIP akan membantu untuk memudahkan segala urusan, jika pengusaha restoran tidak mempunyai wakil atau kakitangan bagi menguruskannya.

Sumber : the reporter

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending