Connect with us

Foodie

Inovasi makanan, aiskrim boba tea kini jadi pilihan ramai!

Published

on

Jika sebelum ini menjadi trend bagi sebahagian rakyat Malaysia berpusu-pusu ‘menyerang’ kedai minuman boba tea.

Minuman boba tea boleh dinikmati bila-bila masa sahaja dan ada yang sanggup menghabiskan duit mencuba setiap minuman dari kedai yang berbeza bagi menikmati rasa yang berbeza-beza.

Tidak lengkap tanpa pearl

Terbaru, syarikat aiskrim Taiwan, Xiao Mei telah melancarkan aiskrim Brown Sugar Milk Tea yang disertakan dengan pearl.

Walaupun pearl itu disejukkan, syarikat aiskrim Taiwan ini menunaikan janji untuk meletakkan pearl seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dilimpahi sirap gula perang

­­­Bar aiskrim ini diperbuat daripada susu segar dan lapisan luarnya dilimpahi dengan sirap gula coklat gelap yang memberikan rasa yang sedap.

Paling menarik adalah, sirap gula perang yang melimpahi aiskirm ini mempunyai rasa yang sama dengan caramel terbakar.

Selamat ‘mendarat’ ke Malaysia

Bagi yang tercari-cari di mana anda boleh dapatkan aiskrim ini, jangan risau kerana anda tidak perlu terbang jauh ke Taiwan untuk mendapatkannya.

Menerusi portal mix.com.my, rangkaian kedai serbaneka telah memaklumkan mereka akan mengimport aiskrim ini ke Malaysia.

Rasa seakan-akan ubi kayu

Pearl diperbuat daripada gabungan tepung beras untuk membuat mochi dicampur dengan gula perang yang akan memberikan rasa unik seakan-akan seperti ubi kayu.

Ini adalah kerana untuk mengelakkan pearl menjadi keras semasa dibekukan.

Sumber : WOB, Google Image

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending