Travel
Ini 5 ‘port’ air terjun yang popular sekitar KL dan Selangor
Hujung minggu adalah waktu yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti bersama seisi keluarga anda. Sekali-sekala apa kata anda bawa keluarga dan orang tersayang ke tempat yang tenang, damai dan lari dari kesibukan ibu kota?
Pasti ramai tidak tahu lokasi air terjun yang menarik di sekitar ibu kota, di sini kami kongsikan beberapa lokasi air terjun yang pasti membuatkan anda sekeluarga tersenyum bahagia menikmati aktiviti hujung minggu.
#1 Air Terjun Sungai Tekala
Terkenal dengan kecantikannya dan airnya yang jernih, air terjun Sungai Tekala dikategorikan sebagai air terjun bertingkat yang popular di Hulu Langat.
Keadaan air yang cetek, tidak deras dan mempunyai kolam tadahan bagi memudahan pengunjung untuk berendam menjadikannya amat sesuai bagi anda yang mempunyai anak kecil.
#2 Air Terjun Sungai Gabai
Kedudukannya yang terkenal di Hulu Langat dan mudah diakses dengan kenderaan menjadikannya lokasi pilihan ramai orang lebih-lebih lagi kawasan mandi yang tidak terlalu banyak batu-batuan.
Selain boleh memasak dan BBQ, antara kemudahan lain yang ada di sini ialah tempat meletak kenderaan, bilik air, surau dan pondok tempat berteduh.
#3 Air Terjun Sungai Tua
Lokasi air terjun yang sangat sesuai bagi seisi keluarga kerana terdapat sungai yang cetek, amatlah sesuai dan selamat bagi aktiviti mandi manda si kecil ini berlokasi di Ulu Yam, Selangor.
Taman rekreasi yang terletak di seberang jalan juga menjadikannya lebih istimewa dari air terjun yang lain.
#4 Air Terjun Kemensah
Jika anda ke Zoo Negara, apa salahnya untuk singgah di air terjun yang cantik dan siap ada tali dan gelongsor di air terjun Kemensah, Sungai Kemensah ini.
Dilengkapi dengan kemudahan chalet, anda juga boleh memilih untuk bermalam di sini dan melakukan aktiviti BBQ bersama keluarga.
#5 Air Terjun Kanching
Jika anda ingin melakukan aktiviti berkeluarga air terjun Kanching, Rawang adalah lokasi yang tepat kerana terdapat kawasan lapang untuk anda melakukan aktiviti.
Paling menarik, terdapat tujuh air terjun yang berbeza dengan kolam-kolam kecil, anda haruslah merentasi hutan untuk ke tingkat paling atas dan tingkat paling bawah amat sesuai untuk keluarga.
Sumber : Gambar Google, maisinggah
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie3 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login