Connect with us

Foodie

Imbau kembali zaman kanak-kanak, aiskrim gula2 ‘Haw Flakes’ kini diminati ramai

Avatar

Published

on

Waka Waka Gelato merupakan sebuah jenama aiskrim tempatan yang semakin popular dalam pasaran Malaysia, aiskrim yang dijual telah mendapat perhatian orang ramai sejak diperkenalkan aiskrim perisa White Rabbit.

Aiskrim tersebut ternyata disambut baik kerana ia memberi perasaan nostalgia kepada mereka yang membelinya.

Kini, jenama itu telah mengumumkan perisa baharu iaitu “Haw Haw Tatayo” menerusi laman rasmi Instagram mereka. Setakat ini, muat naik tersebut telah mendapat 269 tanda suka (likes) daripada pengguna Instagram.

View this post on Instagram

Waka Childhood series no.2 out in shop NOW! “HAW HAW TATAYO” – a saying as a kid when your friend is in trouble. Inspired by haw flakes we’d munch as a wee child. Horhor tatayo/ oh oh tatayo / how did you say it as a child? 12pm-5pm from Mon-Thurs and 12-9pm Fri-Sun . . Love or hate flavour, only if you like the sweet!

A post shared by Waka Waka Gelato : Creative (@wakawaka.gelato) on

Teringat zaman kanak-kanak

Perisa “Haw Haw Tatayo” adalah berasaskan manisan Cina, Haw Flakes yang merupakan manisan kegemaran kanak-kanak pada masa dulu. Kehadiran aiskrim itu di pasaran tempatan sudah semestinya membuatkan orang ramai mengimbau kembali zaman kanak-kanak mereka.

https://www.instagram.com/p/BvI6cYIAlhs/?utm_source=ig_embed

“Consumed this throughout my chilhood…”

Siapa sangka selepas perisa White Rabbit, kini giliran perisa Haw Flakes diperkenalkan oleh Waka Waka Gelato. Namun, aiskrim tersebut hanya terdapat di pasaran selama 2 minggu.

Jadi, kepada penggemar manisan Haw Flakes, boleh mendapatkan aiskrim itu di alamat berikut iaitu MAHSA Universiti (JUC), Block B, Jalan Elmu off Jalan Universiti, Kuala Lumpur.

Sumber : Instagram

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending