Travel
Ibu tertinggal bayi di lapangan terbang, penerbangan Saudi terpaksa patah balik
Apabila sesebuah penerbangan membuat pendaratan cemas atau berpatah balik, ia merupakan perkara biasa yang sering berlaku dalam industri penerbangan. Pada kebiasaannya, sesebuah pesawat akan bertindak begitu atas sebab kerosakan atau mempunyai hal kecemasan yang serius.
Namun baru-baru ini, sebuah penerbangan dari Jeddah ke Kuala Lumpur telah berpatah balik, apabila seorang penumpang warganegara Arab Saudi baru menyedari bahawa bayinya telah tertinggal di ruang berlepas Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz.
Susulan pemberitahuan itu, penerbangan SV832 meminta izin daripada pengawai ATC yang bertugas untuk kembali ke lapangan terbang Jeddah. Pada mulanya, semua pihak keliru dan agak teragak-agak untuk memikirkan protokol yang patut digunakan kerana insiden sebegini tidak pernah berlaku.
Menurut laporan berita daripada Gulf News, pengawai ATC itu memberitahu “Pesawat ini meminta untuk berpatah balik…ada seorang penumpang terlupa bayinya di ruang berlepas, kasihan…”
“Ok, kembali ke pintu pelepasan. Ini suatu yang baharu bagi kami!”
Berikutan kejadian itu, sebuah video juruterbang meminta izin untuk berpatah balik telah tular di media sosial. Menerusi ruangan komen di video tersebut, rata-rata netizen memuji sifat kemanusiannya pihak yang terlibat kerana mengendali insiden itu dengan tenang dan baik.
Sumber : https://gulfnews.com/world/gulf/saudi/flight-emergency-i-forgot-my-baby-at-the-airport-1.1552291090943
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login