Foodie
Ibu bagi kejutan kek berbentuk boba tea sempena hari jadi anak
Sekarang ni kalau tengok mana-mana majlis hari jadi, confirm orang akan tempah kek custom made bagi disesuaikan dengan tema majlis atau citarasa seseorang. Bila tengok, macam-macam bentuk menarik hati dan pastinya sayang nak makan kek tersebut.
Seorang wanita dikenali sebagai Sheniah Khademi telah mendapat kejutan yang tidak disangka pada ulang tahun kelahirannya yang ke-21 tahun daripada ibunya sendiri.
‘Last minute’ plan je!
Katanya lagi, memang pada setiap tahun dia akan keluar makan malam dengan ahli keluarga atau rakan untuk meraikan hari jadinya.
Tapi pada hari kejadian, dia telah memilih untuk meraikannya di sebuah restoran kegemaran yang terletak di Gold Coast, Australia pada saat akhir.
Ketika sedang menikmati makanan, dia telah terdengar lagu selamat hari jadi dan secara tiba-tiba, ibunya datang sambil memegang sebiji kek berbentuk segelas boba tea!
Kek boba tea cup besar!
Beberapa batang lilin dan sparklers telah menghiasi kek berbentuk boba tea tersebut. Sudah pastinya Sheniah sangat teruja menerima kek berkenaan.
Siap ada perisa lagi…
Kek itu juga turut berperisa coklat yang merupakan perisa kegemaran gadis berkenaan. Pandai betul ibunya buat kejutan!
Jadi lepas ni korang boleh lah cuba hadiahkan kek 3D pelbagai bentuk kepada orang tersayang. Lagi-lagi yang fanatik dengan boba tea tu!
Sumber : Facebook
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login