Travel
Ibu & anak lakukan ‘skydiving’ setinggi 14,000 kaki dari paras laut di Australia
Melakukan aktiviti bersama keluarga adalah sesuatu yang sangat menggembirakan. Lebih-lebih lagi aktiviti itu merupakan aktiviti riadah ekstriem yang menjadi kegilaan sesetengah remaja masa kini.
Kesediaan ibu dan bapa dalam menyertai anak-anak melakukan aktiviti ektriem itu sudah tentu lebih mengujakan kerana dapat sama-sama merasai keseronokkan beriadah.
Ibu teruja lakukan skydiving
Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Twitter bernama Puteri Shahidah, dia bersama-sama ahli keluarganya telah pergi bercuti ke Australia dan melakukan tandem skydiving dengan ketinggian 14 000 kaki dari paras laut.
https://twitter.com/pu3shahidah/status/1163343891497533440
Lebih menarik, aktiviti tersebut juga dilakukan oleh ibunya yang agak teruja ketika melakukan terjunan. Ibu Puteri juga sempat berpesan beberapa perkara sebelum melakukan terjunan agar mengurangkan sedikit rasa gementar yang bersarang.
Sempat selfie ketika berada di atas
Gambar-gambar sepanjang menjalani aktiviti itu turut dimuat naik Puteri ke laman sosial dan telah menarik minat ramai warganet untuk mencuba tandem skydiving.
Cuaca sejuk ketika lakukan terjunan
Puteri juga sempat memberitahu bahawa keadaan begitu sejuk ketika berada di atas kerana ketika ini, Australia sedang megalami cuaca sejuk. Dia juga mengakui bahawa sukar untuk bernafas dan bibirnya terasa membeku kerana keadaan yang begitu dingin.
Sumber : Puteri Shahidah
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login