Connect with us

Travel

Pelanggan boleh menginap di hotel dengan harga RM4.95 semalam, tapi perlu patuhi syarat pelik ini

Published

on

Penginapan yang selesa adalah salah satu faktor yang patut diambil kira untuk keselesaaan tidur dan mendapatkan rehat setelah seharian berjalan-jalan.

Sebuah hotel di Jepun menawarkan harga bilik dengan harga murah iaitu 130 yen bersamaan dengan RM4.95 bagi satu malam sahaja.

Mesti anda terfikir pasti ada kejadian yang berlaku di hotel itu sehinggakan pemilik sanggup menyewakan dengan harga yang memang tak masuk akal.

Harga bilik sama setiap hari

Hotel yang terletak di Fukuoka, Jepun itu bukan sahaja menawarkan harga murah pada hari biasa, tetapi harga yang sama juga ditawarkan pada hujung minggu.

Elakkan kerugian, buat tawaran tak masuk akal

Mesti anda berasa pelik mengapa hotel ini disewakan dengan harga yang murah berbanding dengan hotel lain yang sama, kan?

Ini adalah kerana untuk mengelakkan kerugian daripada berlaku, maka pemilik hotel ini membuat tawaran yang tersangat murah dan tak masuk akal.

Syarat adalah benarkan merakam aksi dalam bilik

Bagi yang ingin tidur di hotel ini, mereka hanya perlu setuju dengan syarat yang ditetapkan oleh pihak hotel itu iaitu membenarkan pihak hotel merakam aksi anda dalam bilik tersebut secara live di Youtube.

Sepanjang anda berada dalam bilik itu, sepanjang masa itulah gerak-geri anda dirakami oleh kamera web tersebut.

Hotel tiada sebarang masalah

Walaupun syarat memang tidak masuk akal dan tidak pernah dibuat di mana-mana, wartawan SoraNews24 telah berkunjung ke hotel tersebut.

Seperti hotel-hotel lain di Jepun, keadaan bilik dan hotel itu dalam keadaan baik, bersih, terjaga dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Bilik hotel itu lengkap dengan barangan

Bilik hotel itu sama seperti bilik tidur Jepun yang lengkap dengan tikar lantai tatami, sleeping mat, meja kecil, TV, pemanas air dan unit pemanas atau penghawa dingin yang menggunakan duit syiling.

Kamera web rakam seluruh bilik hotel

Tidak ketinggalan juga, komputer yang lengkap bersama dengan kamera web yang dapat merakam kesuluruhan bilik hotel itu.

Sama seperti hotel bajet lain di Jepun, pengunjung hotel itu akan berkongsi bilik air dan bilik mandi yang terletak di luar dan pastinya berada di luar pandangan kamera web.

Sumber : soranews24

 

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending