Connect with us

Foodie

Hidang ‘Bebola daging kanak-kanak’, netizen ‘troll’ menu baharu IKEA

Published

on

Sejak kebelakangan ini, IKEA telah menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh netizen. Seperti sedia maklum, pembukaan IKEA di Batu Kawan, Pulau Pinang telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar, yang mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

Selepas itu, netizen digemparkan pula dengan isu status halal bebola daging IKEA yang didakwa tidak halal. Terbaru, telah tular di media sosial berkenaan dengan menu baharu IKEA yang dinamakan sebagai ‘Bebola daging kanak-kanak’.

Perkongsian itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Mak Khuin Weng, posting tersebut telah mendapat 180 tanda suka (likes) dan dikongsi oleh 930 pengguna Facebook.

Mmmmm…. Saya takut nak order bebola daging dari IKEA sekarang… Cos implications of this advertisement. Haha.

Posted by Mak Khuin Weng on Friday, March 22, 2019

Bebola daging kanak-kanak?

Penggunaan ayat yang salah iaitu ‘Bebola daging kanak-kanak’ pada poster tersebut seolah-olah bermaksud bebola daging itu diperbuat daripada daging kanak-kanak.

Kesalahan ayat pada menu baharu itu mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memberi maklum balas berunsur jenaka di ruangan komen posting tersebut.

Cannibalism with Style at IKEA…

Namun, terdapat segelintir netizen berpendapat bahawa kesalahan tersebut adalah akibat daripada meremehkan bahasa kebangsaan.

Sebahagian netizen juga memberi cadangan dengan menambah beberapa perkataan supaya ayat itu tidak membuatkan orang ramai salah faham.

Apabila meremehkan bahasa kebangsaan…

Hanya perlu letak perkataan ‘untuk’ je…

Selepas melihat kesilapan tersebut, apakah pendapat anda? Adakah ini untuk tujuan pemasaran atau sekadar kesalahan tidak sengaja oleh pihak IKEA?

Sumber: Facebook

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending