Connect with us

Foodie

“Harga macam Yahudi, dan tak sedap..” – Netizen berang harga makanan ‘Food truck’ mahal berbanding negara lain

Published

on

Selepas konsep food truck menjadi popular beberapa tahun yang lalu, ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu mengunjungi gerai makanan atau minuman food truck yang berdekatan. Antaranya ialah Tapak Urban Street Dining, Sedap TTDI, dan Melawati Food Truck.

Selain konsepnya yang unik dan baharu di Malaysia, kepelbagaian pilihan makanan dan minuman merupakan antara sebab pengunjung gemar ke food truck. Walau bagaimanapun, segelintir rakyat berpendapat bahawa harga di gerai food truck adalah mahal dan tidak berbaloi. Mereka berpendapat makanan di gerai biasa adalah lebih berpatutan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter, yang dikenali sebagai xaviernaxa, telah mendapatkan pandangan orang ramai tentang harga makanan food truck yang dikatakan mahal. Tweet tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, yang bersetuju dengan pendapat beliau.

“Di negara barat, food truck sebenarnya untuk golongan yang kurang berkemampuan…”

 

“Yes agree! Harga makanan food truck mahal gila…”

Di negara barat, konsep food truck diwujudkan untuk golongan yang kurang berkemampuan. Oleh itu, harga gerai food truck di sana adalah murah dan makanan yang dihidangkan juga dalam kuantiti yang banyak. Namun situasi sebaliknya berlaku di Malaysia apabila food truck di sini menjual dalam kuantiti yang sedikit dan harga yang mahal.

“Memang macam tu harganya.”

Namun, terdapat sesetengah netizen mempertahankan harga makanan yang dijual oleh pengusaha food truck di negara ini. Mereka berpendapat bahawa harga mahal adalah wajar, kerana pemilik gerai perlu mengambil kira kos mengubah suai, cukai jalan, kos penyelenggaraan dan banyak lagi.

Walaupun orang ramai tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan, namun mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Maka, terpulang pada kehendak individu untuk membeli makanan di gerai food truck atau sebaliknya.

Sumber : https://twitter.com/XavierNaxa/status/1104074482367393793

 

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending