Foodie
‘Hands-Free Bubble Tea Challenge’ jadi trend di Jepun, Malaysia bila lagi?
Kecoh di internet tentangchallenge terbaru yang boleh dikatakan hit. Lebih-lebih lagi ia melibatkan minuman kegemaran ramai yang sedang viral iaitu bubble tea. Challenge yang diberi nama ‘Hands-Free Bubble Tea Challenge’ ini diinspirasikan daripada Tawawa, koleksi ilustrasi dari Kiseki Himura dan semakin mendapat perhatian peminat bubble tea yang turut ingin mencuba.
Amacam?
Nak diringkaskan cerita, challenge ini melibatkan para gadis menyeimbangkan bekas minuman bubble tea sambil meminumnya. Ia digelar ‘hands-free’ kerana jika si gadis mempunyai payudara yang cukup besar untuk mengimbangi bekas tersebut maka mereka tidak perlu menggunakan tangan untuk memegangnya. Jadi, dah terbukti, kenapa challenge boleh viral.
Jangan keliru pula. Challenge ini berlaku di laman media sosial Jepun, bukan di Malaysia ya. Cabaran ini bermula apabila seorang model Jepun memuat naik sebuah video di Twitter menunjukkan dirinya yang sedang minum segelas kopi yang diseimbangkan di dadanya sambil bermain komputer. Video tersebut mendapat perhatian ramai dan menerima lebih 18,000 retweet dari pengikut media sosial.
Bermula dari sinilah
個人的な意見ですが
巨乳で良かったことは、1位 食べ過ぎてお腹出てもバレない
2位 たまに抜群に似合う服がある
3位 カフェラテ飲みながらパソコン打てるです。 pic.twitter.com/TF0FXzCOS0
— Hカップな広告マン-アリペイ (@hcupadman) June 8, 2019
Tapi, tidak semua orang berjaya melakukan cabaran ini jika anda tidak mempunyai aset yang diperlukan. Cabaran ini juga menjadi platform untuk mereka yang suka menayangkan bentuk badan di media sosial. Bukan itu saja, ia juga menjadi inspirasi buat penggemar seni yang lain.
Eh bukan gadis-gadis saja yang buat challenge ni, jejaka tampan pon ada. Lebih lagi yang ‘sado’ tu, manfaatkan lah six-packs yang ada macam gambar yang di atas, seorang model turut serta muatnaik video menyertai challenge tersebut.
Sumber: Worldofbuzz
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login