Foodie
Guna buah busuk dan rosak letak dalam minuman bubble tea, kedai diarah tutup.
Minuman bubble tea yang telah menjadi kegilaan ramai terutamanya di Malaysia telah berjaya membangkitkan pelbagai jenis isu. Dari isu halal haram, kepada isu keselamatan penyediaan minuman dan sebagainya.
Kalau sebut sahaja perihal makanan atau minuman, sudah tentu hygiene atau kebersihan merupakan aspek utama yang perlu diambil kira.
Jika salah mengambil makanan yang tidak elok atau kotor, ia boleh memudaratkan kesihatan dan nyawa seseorang.
Di China, satu jenama minuman bubble tea yang agak terkenal, Tealand terpaksa menghentikan operasi susulan daripada kes penyediaan minuman menggunakan buah-buahan yang rosak dan telah busuk.
Perbuatan tersebut telah didedahkan oleh seorang wartawan televisyen tempatan yang telah menyamar sebagai seorang staf di salah sebuah outlet minuman tersebut di Beijing.
Wartawan itu sungguh terkejut apabila menyaksikan pekerja kedai tersebut menggunakan buah-buahan yang sudah rosak dan busuk untuk penyediaan minuman kepada pelanggan.
Sepanjang penyamaran tersebut, dia telah berjaya merakam video secara sembunyi bagi membuktikan kejadian tersebut dan mendapatkan bukti yang lebih kukuh.
Dan bukan sahaja itu, pengurus outlet tersebut bukan sahaja mengarahkan kakitangannya menggunakan buah yang telah rosak, malah tidak ambil peduli tentang kebersihan dalam menyediakan minuman pelanggan.
Tengok pon geli, tangan tu entah basuh ke tidak
Dalam video tersebut, dapat dilihat pekerja tidak memakai sarung tangan dan tidak membasuh tangan selepas memegang sampah.
Peralatan membuat minuman juga jarang dibasuh dan ada di antara mereka menggunakan sudu yang telah digunakan di dalam sink untuk mengacau air pelanggan.
Pengurus kedai tersebut turut mengarahkan pekerjanya untuk menggunakan lebih air dalam setiap jus buah yang dihasilkan, bagi meningkatkan keuntungan.
Tak lalu nak tengok buah dah hitam legam macam tu
Bukan itu sahaja, dia turut mengarahkan mereka untuk tetap menggunakan jus buahan yang tidak terjual di dalam peti ais serta menggunakan buahan walaupun ianya telah busuk.
Buahan tersebut akan dicampur dengan buah yang segar bertujuan mengelirukan pelanggan.
Kiwi pon dah bertukar kehitaman , berapa lama lah dia simpan
Pisang yang sudah busuk dan kulit bertukar hitam, serta buah kiwi dan tembikai yang sudah rosak disimpan di dalam peti beberapa hari sebelum digunakan dalam minuman yang dijual di Tealand tersebut.
Sejak dari tularnya video berkenaan, ramai netizen telah menggesa pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap pengurusan kedai minuman tersebut. Tealand telah menutup outlet kedainya di Beijing dan telah mula melakukan penyiasatan serta pemerhatian terhadap 30 lagi outlet kedainya di serata China.
Wakil dari pihak Tealand juga telah memohon maaf atas kelakuan berkenaan serta mengakuinya dan sanggup menerima hukuman akibat perbuatan tersebut.
Sumber: World of Buzz
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login