Connect with us

Foodie

Gula-gula nostalgia White Rabbit Creamy Candy disahkan tidak halal oleh JAKIM

Published

on

Mesti ramai yang kenal dengan gula-gula susu nostalgia yang boleh dimakan sekali dengan plastik iaitu, “White Rabbit Creamy Candy”.

Sebelum ini status halal gula-gula yang popular bukan sahaja di China malah di negara ini, sering menjadi perdebatan dan dipersoal di laman sosial.

Namun baru-baru ini, gula-gula susu yang diimport dari China itu telah disahkan tidak halal oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sendiri.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hal ehwal agama, Fuziah Salleh berkata keputusan itu berdasarkan beberapa siri ujian makmal yang dijalankan oleh JAKIM yang mendapati terdapat gelatin dari sumber haiwan babi bo-vign dan gelatin dari sumber lembu yang tidak boleh disahkan halal.

Fuziah juga mengingatkan masyarakat supaya lebih peka memilih makanan dan memandang serius aspek halal lebih-lebih lagi gula-gula tersebut masih lagi dijual dipasaran.

Ini terutama selepas Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei (MoRA) mengesahkan ianya tidak halal, seluruh produk buatan China akan dihalang memasuki mana-mana pasaran halal di Malaysia dan Brunei.

Sebelum ini, White Rabbit telah menjadi gula-gula paling popular di Asia Tenggara kerana trend ais krim yang dibekalkan mereka.

Sumber : JAKIM

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending