Connect with us

Foodie

Tak perlu dah ke kedai runcit, Grab perkenalkan GrabMart

Published

on

Grab semakin mendapat sambutan daripada orang ramai di Malaysia, malah mendapat sokongan yang tidak terhingga dengan perkhidmatan yang ditawarkan.

Selain dikenali sebagai syarikat perkhdimatan kenderaan, Grab juga dikenali dalam perkhidmatan lain iaitu penghataran makanan melalui applikasinya yang boleh dimuat turun di Apple Store dan Play Store.

Pada Ogos lalu, Thailand telah menambah perkhidmatan terbaru ini dan kini Grab Malaysia turut mengumumkan penambahan satu lagi perkhidmatan iaitu menghantar barang runcit ke rumah atau pejabat.

Diberikan nama ‘GrabMart’

Pengguna boleh memesan barangan runcit seperi barang dapur, buah-buahan, produk kecantikan dan kesihatan, alat tulis dan sebagainya.

Kerjasama bersama syarikat lain

Sebagai permulaan, ada beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan melalui GrabMart termasuklah Guardian, Caring, MyNews, GSC – 1UTAMA, MBG, MPH, BIG Pharmacy, Kiara Supermarket dan Utama Florist.

Masih di peringkat ujian Beta

GrabMart masih lagi di peringkat ujian Beta  dan anda berkemungkinan akan berhadapan dengan masalah dan hanya beberapa kawasan terpilih sahaja.

Antara kawasan-kawasan yang terpilih adalah sekitar Lembah Klang, Damansara Uptown, Bandar Utama, Kota Damansara, Mutiara Damansara, Mont Kiara dan Hartamas.

Kadar bayaran serendah RM5

Bagi kadar bayaran pula, Grab Malaysia menyatakan setiap perkhidmatan penghantaran akan dikenakan caj serendah RM5 hingga RM9.

Cara penggunaan GrabMart

Pengguna boleh membuka aplikasi Grab, pilih Food dan kemudian tekan pada ikon Mart (Beta).

Sumber : Thestar, Google Image, Lowyat.net

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending