Connect with us

Foodie

“Good bye Burger Wendy’s!” -Restoran Wendy’s bakal ditutup, netizen luah rasa sedih di media sosial

Avatar

Published

on

Seperti sedia maklum, rakyat Malaysia gemar berkunjung ke restoran makanan segera seperti Mcdonald’s, KFC, Texas Chicken, Burger King dan Wendy’s. Namun, terdapat berita yang tidak menyenangkan apabila dikhabarkan bahawa rangkaian makanan segera Wendy’s bakal ditutup secara berperingkat pada tahun 2019.

Kenyataan tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, Twitter yang dikenali sebagai hafizee. Posting tersebut telah menunjukkan bahawa cawangan Wendy’s di pusat beli-belah Paradigm, Johor Bahru telah ditutup.

Sedihnya, banyak dah tutup gaiss…

Apabila membuat carian tentang cawangan Wendy’s di Malaysia, rata-rata restoran tersebut telah ditutup. Antaranya ialah cawangan Wendy’s di Mont Kiara, Mid Valley, Suria KLCC, Cyberjaya, Sunway Pyramid, KKIA Sabah dan lain-lain lagi.

Berjaya Burger Sdn Bhd tidak perbaharui perjanjian…

Menurut laporan daripada portal Hype, penutupan secara berperingkat itu terjadi adalah kerana pemilik francais Wendy’s iaitu Berjaya Burger Sdn Bhd telah membuat keputusan untuk tidak memperbaharui perjanjian francais bersama Wendy’s.

Berikutan itu, kebanyakan restoran Wendy’s di Malaysia akan ditutup bermula tahun ini. Rata-rata netizen yang mengetahui tentang isu tersebut telah meluahkan perasaan sedih mereka melalui laman sosial.

N00000…

Walau bagaimapun, difahamkan terdapat beberapa cawangan Wendy’s yang masih dibuka iaitu di Berjaya Times Square, Juru Drive Thru (Penang) dan Design Village (Penang).

Kepada peminat makanan Wendy’s, bolehlah berkunjung ke restoran tersebut sementara ia masih dibuka di beberapa lokasi.

Sumber: Twitter

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending