Connect with us

Travel

Gempa bumi bawah laut sebabkan gegaran di Bali, pelancong panik!

Published

on

Gegaran gempa bumi bawah laut dengan magnitud 6.1 telah melanda selatan Bali dan telah menyebabkan pelancong serta penduduk setempat keluar dari kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun, tiada laporan kecederaan, kematian, kerosakan atau tanda-tanda tsunami dilaporkan segera oleh Pusat Amaran Pasifik yang berpangkalan di Hawai.

Antara kerosakan yang sempat dirakam

Pusat gempa tersebut dikatakan adalah 102km barat daya di tengah-tengah pulau tersebut, Denpasar dan berkedalaman 100km dengan gegaran dicatatkan dengan magnitud 5.7.

Penduduk tempatan bertempiaran lari keluar dari kediaman masing-masing dengan masih berpakaian tidur selepas merasakan gegaran tersebut. Beberapa pelancong yang bercuti di sana juga sempat merasai pengalaman tersebut dan berkesempatan menggunakan pendekatan yang disarankan ketika berlaku gempa.

Rakaman video kerosakan akibat gempa tersebut

Indonesia earthquake damages buildings in Bali and Java

WATCH: A road in Nusa Dua, Bali, is blocked by debris from the damage caused by a 6.1-magnitude earthquake.(Video: BNPB Indonesia)

Posted by CNA on Monday, July 15, 2019

Gegaran tersebut juga telah mengakibatkan berlaku kerosakan kecil pada bumbung rumah, sekolah, serta tempat ibadat di tempat berlainan sekitar Selatan Bali. Selain dari Bali, gempa juga dapat dirasakan di bandar-bandar lain seperti Lombok dan Pulau Jawa yang juga berjiran.

Walaubagaimanapun, lapangan terbang Bali masih lagi beroperasi seperti biasa.

Sumber: Channel News Asia, Regional Kompas

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending