Connect with us

Travel

Gara2 tertukar kertas kerja penerbangan, ‘pilot’ tersalah destinasi sehingga bawa pesawat ke Scotland

Published

on

Siapa sangka insiden seperti sebuah pesawat mendarat di destinasi yang salah boleh terjadi. Terbaru, pesawat British Airways yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang London ke Dusseldorf, Jerman, telah membuat pendaratan di Edinburgh, Scotland.

Penerbangan yang sepatutnya mendarat di Dusseldorf itu telah mendarat di Edinburgh, yang terletak 800 kilometer dari destinasi asalnya.

Penumpang hanya menyedari tentang kesilapan tersebut apabila juruterbang yang bertugas membuat pengumuman menyambut kedatangan mereka di Edinburgh, Scotland.

I don’t think anyone on board has signed up for this mystery travel lottery…

Seorang penumpang yang dikenali sebagai Son Tran, telah meminta penjelasan daripada pihak British Airways melalui laman sosialnya berkenaan dengan kesilapan itu.

https://twitter.com/sontrantuan/status/1110107475368464385?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1110107475368464385&ref_url=https%3A%2F%2Fchamais.cc%2Fwp-admin%2Fpost.php%3Fpost%3D1370%26action%3Dedit

Tertukar kertas kerja penerbangan…

Susulan kejadian itu, pihak British Airways telah mengeluarkan kenyataan bahawa kesilapan tersebut adalah berpunca daripada pertukaran kertas kerja penerbangan. Ini mengakibatkan penerbangan itu mendarat di destinasi yang tidak sepatutnya.

“Kami sedang bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab berkenaan dengan kesilapan kertas kerja penerbangan.” ujarnya seorang jurucakap daripada WDL Aviation.

Walau bagaimanapun, penerbangan tersebut telah berlepas semula ke Jerman dan mendarat tiga jam lewat daripada jadual asalnya.

Sumber: Artikel

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending