Connect with us

Foodie

Gara2 sibuk nak beli bubble tea, lelaki mengamuk tampal kereta dengan tuala wanita

Published

on

Biasa kita dengar kalau kes-kes sebegini terjadi dekat China, tapi berbeza kali ini apabila ianya terjadi di Hanoi, Vietnam. Negara Vietnam terkenal dengan jalan rayanya yang sibuk.

Cuba korang bayangkan kalau ada kereta yang parking atau berhenti sesuka hati di tepi atau tengah jalan raya yang sibuk itu, mesti ramai yang akan bengang dan terkesan daripada perbuatan tersebut.

Berapa banyak diorang guna ni?

Sebuah kereta mewah, model Maserati Levante berwarna merah telah menerima padah apabila hampir kesuluruhan keretanya dilekatkan dengan pad atau tuala wanita oleh orang ramai. Pemandu kenderaan berkenaan dipercayai mengunjungi kedai minuman bubble tea dan meletakkan kenderaanya sesuka hati sehingga menghalang lalu lintas.

Confirm owner tengok ni garu kepala

Pemandu berkenaan cuba untuk membuang tuala wanita yang melekat pada keretanya, namun gagal setelah mendapati gam pelekat yang terdapat padanya agak kuat.

Berbekalkan perasaan malu dan terpaksa menebalkan muka, pemandu berkenaan meneruskan pemanduan serta meninggalkan tempat berkenaan secepat mungkin.

Dengan penuh rasa malu hahahahahaha

Kawasan berkenaan dikatakan semakin sibuk dengan kenderaan dan trafik yang tidak lancar, susulan daripada pembukaan kedai boba yang di merata tempat.

Sumber: Astro Awani

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending