Foodie
Gara2 order pizza guna kupon, lelaki ini hampir ditahan polis
Hanya kerana menggunakan baucar untuk pembelian pizza, seorang lelaki bagaikan bermimpi buruk apabila disoalsiasat oleh pihak polis.
Insiden yang berlaku kepada pemilik akaun Facebook, Zacky Khairudean ini telah dikongsi oleh beliau. Kisahnya telah mendapat 3,600 reaksi dan 3,600 perkongsian oleh netizen.
Beli baucar di Shopee
Menurut Zacky Khairudean, pada mulanya dia melakukan pencarian baucher di Official Store Domino’s Pizza, namun disebabkan ada penjual yang menawarkan harga lebih murah, Zacky memutuskan untuk membelinya di Shopee.
Bukti pembelian!
Order 10 set pakai baucar
Zacky telah membuat pesanan pizza untuk rakannya yang akan mengadakan jamuan kelab Petanque di sekolah, dan telah membuat pesanan sebanyak 10 set menggunakan baucar yang dibelinya di Shopee.
Rasa macam jantung nak gugur
Namun tanpa diduga, dia telah menerima panggilan daripada rakannya yang memberitahu bahawa pesanan yang dibuatnya mempunyai masalah.
Zacky juga menerima panggilan daripada seorang berpangkat Sarjan dari Unit Jenayah Komersial dan memintanya berjumpa sama ada di balai polis ataupun Domino’s. Tanpa membuang masa, Zacky telah berjumpa di Restoran Domino’s.
Soal siasat selama sejam bermula
Sistem Domino’s is WEAK
Salah customer ke kalau gunakan kod baucar tu?
Namun Zacky mempersoalkan siapa yang membenarkan untuk baucar itu dijual di e-dagang dan salahkah untuk pelanggan menggunakan kod baucar itu, jika pihak pengurusan lalai untuk menjalankan tanggungjawab dengan baik.
Tak dapat pizza untuk jamuan kelab, kena tahan lagi
Zacky juga dalam perkongsiannya memberitahu dia dengan rasminya tidak mengikuti mana-mana laman sosial berkaitan Domino’s.
Sumber : Zacky Khairudean
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login