Foodie
Gara2 Ayam Goreng 3X Spicy McDonalds, lelaki ini perlu dapatkan rawatan
Trending satu hari di Twitter semalam selepas pelancaran produk baru dari McDonald’s iaitu Ayam Goreng MCD 3X Spicy. Rata-rata sudah ramai yang mencuba menu baru tersebut.
Ada yang mengatakan ayam goreng tersebut pedasnya luar biasa. Jauh lebih pedas dari Ayam Goreng Spicy yang sudah sedia ada. Malah ada yang menyarankan untuk menyediakan susu atau air sejuk bagi menghilangkan rasa pedas sewaktu makan ayam tersebut.
Kecoh di Facebook apabila seorang penggunanya, Husaini Abu Bakar berkongsi pengalaman mencuba Ayam Goreng MCD 3X Spicy tersebut tentang dirinya yang terpaksa berjumpa doktor selepas sakit perut berulang kali.
Lembik Bangsai keluar masuk jamban. Cilake punya ayam McD! Ayam takde lah pedas mana, tapi tak sesuai dengan perut….
Posted by Husaini Abu Bakar on Wednesday, July 24, 2019
Lelaki itu diberi teguran dan nasihat oleh doktor supaya tidak makan makanan yang pedas melampau bagi mengelakkan usus daripada cedera atau terkena buasir.
“This is another level of junkfood, bukan natural cili atau lada yang awak makan dari pokok tu.. if u terus makan may lead to usus berlubang or kecederaan pada usus awak. Boleh buasir!”
Ramai netizen juga bersetuju dengan perkara tersebut apabila menyatakan ayam goreng tersebut bagi sesetengah orang mungkin tidak terlalu pedas, tapi ianya tidak begitu sesuai pada perut.
Luahan netizen di Twitter
Bagi dia tak pedas mana tapi effect lepas makan tu
Terpaksa keluar pergi beli susu
Dah serik katanya
Asyik rasa nak membuang je
Sumber: Husaini Abu Bakar
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login