Connect with us

Travel

Gara-gara tak tahu nombor bas, lelaki ini ‘diblacklist’ 3 tahun masuk Korea Selatan

Published

on

Korea Selatan adalah destinasi kegemaran yang sering dikunjungi oleh rakyat negara kita pada setiap tahun.

Selain menjadi tempat percutian, ada juga yang pergi ke negara itu untuk mencari sumber pendapatan walaupun jauh dari negara asal sendiri.

Terbaru, tular di laman media sosial apabila perkongsian seorang lelaki ini yang berhadapan dengan kesulitan untuk masuk ke negara itu.

Terima kasih Korea, RM2.5k lesap…

Seorang lelaki telah berkongsi luahan hatinya di salah satu group percutian di laman Facebook yang mendapat perhatian warganet.

Pengguna yang dikenali sebagai Pudin Bge itu mengucapkan terima kasih dan sekaligus memberitahu walaupun sudah sampai di Incheon, dia telah dihalau pulang.

Silapnya semua return tiket dan itinerari dalam phone

Dia bersama kawannya disoal oleh pihak Imigresen di Lapangan Terbang Incheon semasa sedang beratur.

Pudin juga mengakui silapnya apabila return tiket dan itinerari semuanya disimpan di dalam phone mereka bukanlah dicetak.

Sediakan document cukup lengkap

Pemilik akaun Facebook ini juga berpesan untuk menyediakan dokumen cukup lengkap untuk mengelak hal seperti ini berlaku kepada orang lain.

Selain itu, dia juga berpesan supaya berpakaian rapi dan rambut yang kemas bagi kaum lelaki.

Terasa macam pelarian

Dia juga berkongsi gambar semasa ditahan di dalam bilik untuk disoal siasat oleh pihak imigresen di sana.

3 tahun blacklist!

Bukan sahaja dihantar pulang semula ke tanah air, malahan mereka bertiga juga turut disenarai hitamkan dari memasuki negara itu selama tiga tahun.

Ditanya bas nombor berapa ke Nami Island

Pudin juga disoal oleh pegawai  nombor bas yang akan mereka naiki jika ke Nami Island. Dia juga berkata itu adalah pertama kalinya ke sana.

Sumber : Pudin Bge

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending