Foodie
“Gajah sekarang tak pakai Carrie Junior, dia pakai kunyit…” – Lumur kunyit pada badan gajah, foto ini tarik perhatian ramai
Ramai yang mengetahui bahawa serbuk kunyit seringkali digunakan sebagai rempah ratus dalam masakan, namun siapa sangka serbuk kunyit mampu dijadikan bahan perubatan untuk haiwan. Terbaru, seekor gajah di Zoo Negara telah ‘dimandikan’ dengan serbuk kunyit Adabi untuk tujuan merawat kulit gajah tersebut.
Syarikat pengeluar makanan tempatan, Adabi telah memuat naik posting tersebut di laman rasmi milik mereka yang telah menarik perhatian ramai netizen. Rata-rata netizen berasa luar biasa dengan kaedah penggunaan serbuk kunyit pada haiwan.
Berikutan itu, muat naik tersebut telah mendapat 3,300 komen dan telah dikongsi oleh 9,300 pengguna Facebook.
Sebanyak 7kg serbuk kunyit telah digunakan
Pihak Adabi Consumer telah bekerjasama dengan Zoo Negara untuk melumurkan gajah tersebut dengan serbuk kunyit sebanyak 7kg dan dibiarkan pada badan gajah itu supaya ia boleh diserap sepenuhnya ke dalam kulit gajah.
Menurut mereka, kaedah penggunaan serbuk kunyit pada kulit gajah adalah satu kebiasaan di setiap zoo, kerana serbuk kunyit mempunyai khasiat semula jadi yang baik untuk haiwan itu. Antara kebaikannya ialah merawat luka kecil, merawat gigitan serangga, anti septic untuk kulit dan bertindak sebagai agen pemulih kulit.
Melalui posting tersebut, ramai netizen juga giat berkongsi khasiat dan pengetahuan mereka tentang serbuk kunyit.
Orang India susah nak kena cancer, sebab mereka kuat makan kunyit…
Tabur kunyit dekat kaki kucing bernanah, seminggu luka kucing tu kering sembuh!
Selain itu, terdapat sebahagian netizen yang mengambil kesempatan berjenaka di posting tersebut dan memberi hiburan kepada pembaca di laman Facebook Adabi Consumer.
Gajah skrg tak pakai Carry Junior, pakai kunyit pulak..
Gajah goreng kunyit…
Sumber : Adabi Consumer
-
Travel4 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie4 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie3 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Travel3 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Foodie4 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Channel4 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
-
Travel3 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
You must be logged in to post a comment Login