Travel
Gadis kongsi itinerari ke Hua Hin! Sisi lain di Thailand yang ramai tak tahu
Kebiasaannya kalau pelancong ke Thailand, lokasi Krabi, Bangkok dan Hatyai sudah tentunya menjadi pilihan ramai. Tapi sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan diterokai.
Nyna Bananyna, telah berkongsi di laman Facebooknya tentang itinerary ke Hua Hin, Thailand. Mesti korang ramai yang tak pernah dengar pasal tempat ni kan?
Hua Hin merupakan salah satu bandar peranginan tepi pantai yang terkenal di Thailand. Kalau dulu, Hua Hin ni cuma kampung nelayan, tapi sekarang dah berubah wajah. Pelancong yang nak datang ke tempat ni boleh ambil penerbangan terus ke Hua Hin Airport.
Perkongsian ini telah berjaya mengundang minat kaki ‘travel’ untuk menerokai tempat yang jarang dikunjungi oleh rakyat Malaysia.
Hari Pertama (19 Jun)
- Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hua Hin mengambil masa lebih kurang 2 jam
Plearnwan Market
Lain betul ‘vibe’ market di Hua Hin
Macam ni rupanya Chatsilla Night Market yang diorang pergi
Hari Kedua (20 Jun)
- Stesen Keretapi Hua Hin ini merupakan kebanggan penduduk setempat memandangkan ianya adalah stesen keretapi yang paling cantik.
- Binaan kayu yang terdapat pada stesen tersebut pernah menjadi pavilion diraja di Istana Sanamchan.
Cantik bukan?
Boleh tengok gerabak keretapi lama
The Venezia (180 bath)
- The Venezia ni orang sana panggil A Venice Land, acah-acah macam di Bandar Venice gitu.
- Tempat yang sangat sesuai untuk Instagrammable Spot.
Siapa sangka tempat ni di Hua Hin bukan di Venice
Camel Republic (150 bath)
- Camel Republic merupakan sebuah taman hiburan dan juga zoo yang berinspirasikan Morocco.
- Taman ini sering menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara untuk beriadah bersama keluarga.
Binaan ala-ala dekat Morocco gitu
Hari Ketiga (21 Jun)
Santorini Park
- Santorini Park di Hua Hin ni memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai ‘vibe’ Santorini yang sebenar.
- Taman hiburan ini menyediakan pelbagai pilihan permainan yang sesuai untuk seisi keluarga.
Lokasi sekitar Hua Hin semuanya sangat sesuai dengan orang yang suka mengambil bergambar ni. Banyak sangat instagrammable spot dekat sini, tinggal nak bergaya lepas tu shoot sana sini.
Jumlah perbelanjaan tak sampai seribu pun untuk empat hari di Hua Hin. Boleh sangat nak pergi ni, perjalanan flight juga tak ambil masa lama untuk sampai. Apa lagi, cepat book flightticket sekarang!
Sumber: Nyna Bananyna
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login