Connect with us

Foodie

Gabungan Indomie dan Carbonara, restoran tempatan ini perkenal hidangan ini hanya pada bulan April

Published

on

Sebut sahaja mi segera ‘Indomie’, pastinya orang ramai mengenali jenama yang berasal dari Indonesia itu. Ramai yang mengemari mi segera tersebut, kerana rasanya yang enak dan menetapi citarasa penduduk Malaysia.

Baru-baru ini, sebuah restoran tempatan dikenali sebagai Ben’s by BIG (Ben’s Independent Grocer) kepunyaan The BIG Group telah mengumumkan menu terbaru mereka iaitu ‘Indomie Carbonara’. Menu baru itu telah diumumkan melalui laman sosial rasmi mereka.

Indomie carbonara?

Hanya dijual pada bulan April sahaja…

Pada mulanya, ‘Indomie Carbonara’ dianggap sebagai gurauan ‘April Fools’ kerana pihak The BIG Group telah memuat naik hidangan terbaru itu pada hari tersebut iaitu pada 1 April. Namun, ia ternyata bukan gurauan seperti yang disangkakan oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, menu baru ini hanya boleh didapati di restoran tersebut sehingga penghujung bulan April sahaja.

Yes. We’ve got the ultimate (NOT A) prank for you! Serving up all month this April at Ben’s, our limited edition Indomie…

Posted by The BIG Group on Monday, April 1, 2019

Nampak sedap! RM28 untuk ‘Indomie Carbonara’…

Indomie Carbonara boleh didapati di beberapa cawangan Ben’s, antaranya di Suria KLCC, Pavilion, Publika, The Gardens Mall, The LINC dan Bangsar Shopping Centre dengan harga RM28 sahaja.

“Creamy spaghettini carbonara with a little twist of Indomie magic, poached egg, cheese and beef bacon,” 

Sekiranya pelanggan ingin mencuba gabungan ‘Indomie’ bersama ‘Carbonara’, bolehlah berkunjung ke restoran Ben’s terdekat anda. Jangan lepaskan peluang untuk merasai hidangan terbaru ini kerana ia hanya boleh didapati sehingga bulan April sahaja.

Sumber: Ben’s (The BIG Group)

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending