Foodie
FamilyMart perkenal Boba Cake sempena ulang tahun ke-3!
Sejak pembukaan FamilyMart yang pertama kali di Malaysia pada akhir 2016, kedai makanan serbaneka itu tidak pernah gagal untuk menarik minat pelanggannya.
Tidak kiralah menu oden, sandwich, aiskrim sehinggalah ke minuman, pasti ramai yang menggemari makanan di FamilyMart, lebih-lebih lagi kepada hantu makanan.
Sempena menyambut ulang tahun ketiga di Malaysia, FamilyMart telah memperkenalkan menu menarik bagi merayakan ulang tahun bersama pelanggan mereka iaitu Boba Cake.
Signature Boba FamilyMart
Kek sponge lembut ini diselitkan dengan rasa klasik Earl Grey Tea dan lebih istimewa, boba ini diperbuat daripada gula merah yang diimport khas dari Taiwan.
DIY Bubble Cake
Apa yang menariknya, FamilyMart turut berkongsi cara untuk DIY sendiri boba kek dengan langkah yang begitu mudah.
Nikmati DIY Bubble Earl Grey Cake hanya dengan RM7.90!
Harga yang ditawarkan juga sangat murah dan berpatutan iaitu harga bagi kek sponge adalah RM5.90 dan RM2 bagi tambahan boba signature FamilyMart.
Manakala, harga ditawarkan di KLIA2 dan Resort World Genting adaah RM9.50 bagi kedua-duanya.
Pasti ramai yang akan menyerbu FamilyMart berhampiran untuk mendapatkan menu terbaru ini.
Sumber : FamilyMart Malaysia
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login