Connect with us

Foodie

Durian paling sempurna dilelong pada harga RM200,000 di Thailand

Published

on

Kalau di Malaysia, durian digelar raja segala buah. Begitu juga di Thailand apabila sebiji durian yang baru dikutip dari ladang tempatan, Pa Toi Lung Mu telah berjaya dijual dengan harga 1.5 juta baht, bersamaan dengan RM200,000.

Durian daripada jenis Kanyao yang dikatakan paling mahal di dunia itu berjaya mendapat bidaan daripada penggemar raja buah itu, di wilayah tengah Thailand pada 1 Jun lalu.

Walaupun kebanyakan hotel, kapal terbang serta pengangangkutan awam yang lain mengharamkan kehadiran raja buah tersebut, tapi ianya masih mendapat tempat di kalangan peminat rasanya yang unik.

Nampak sedap betul kan?

 

Durian Kanyao terkenal dengan rasa manis dan teksturnya yang berkrim. Spesies durian Kanyao ini juga dihadkan pengeluaran kepada 3 atau 4 biji buah sahaja bagi satu pokok untuk memastikan kandungan gula dan nutriennya adalah di tahap yang terbaik.

Hah, agak-agak siapa yang bertuah?

“Saya tahu durian tersebut sangat istimewa tapi saya teruja dengan harga yang telah dibida”, kata pemilik ladang Maliwan Han Cha Thai.

“Saya harap pembida yang tertinggi dapat menikmati durian tersebut. Kami akan terus memelihara rasa pada durian tersebut”.

Seorang ahli perniagaan tempatan memenangi bidaan raja buah yang dikatakan sempurna dari segi saiz, bentuk serta kematangan.

Hasil bidaan yang berjumlah  4.5 juta baht (RM600,000) akan dipulangkan kepada peladang dan sebahagiannya akan disumbangkan kepada badan amal yang turut menaja peralatan hospital.

Sumber: Nextshark 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending