Connect with us

Foodie

Demi pemuliharaan, pensyarah minta orang ramai berhenti beli lemang periuk kera

Published

on

Bulan Ramadan hanya berbaki kurang dari seminggu sahaja. Semestinya ramai antara kita sedang sibuk melakukan persiapan raya.

Lemang buluh dan ketupat palas adalah antara juadah yang biasa kita dengar, namun pastinya lemang periuk kera adalah juadah yang semakin dikenali.

Rasa lemang periuk kera yang unik!

Kerana keunikan rasa, permintaan terhadap ketupat dan lemang periuk kera sejak beberapa tahun ini semakin mendapat sambutan.

Pastinya ada sahaja peniaga yang menjual juadah tersebut di bazar Ramadan atau menerima tempahan menjelang Aidilfitri.

Demi pemuliharaan alam semula jadi, berhenti makan lemang periuk kera!

Baru-baru ini, seorang Penyelidik tumbuhan UKM, Prof. Emeritus Abdul Latiff Mohamad telah memuat naik status di laman Facebook mendedahkan spesis periuk kera yang kian diancam kepupusan.

Menurutnya, tumbuhan tersebut adalah spesis yang terancam disebabkan aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab, tindakan tersebut boleh menyebabkan tumbuhan tersebut pupus.

Aktiviti pencarian periuk kera yang aktif sejak beberapa tahun dahulu di Pahang dan kini meluas di Johor pula, semakin aktif apabila kumpulan ini dengan megahnya menubuhkan kelab pencarian spesis tersebut.

Oleh itu menurut Pensyarah UiTM ini, dia berharap semoga orang ramai berhenti menyokong apa sahaja bentuk golongan yang bergiat aktif mencari periuk kera, kerana baginya spesis ini perlu dilindungi.

Sumber: MajalahSains, Abdul Latiff Mohamad, TheStar

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending