Travel
“RM50 satu malam!” – Cyber Cafe jadi ‘tempat tinggal’ golongan ‘Cyber Homeless’ di Jepun
Cyber cafe adalah tempat untuk bersantai dan menghabiskan masa melayari Internet, menonton movies, bermain games dan sebagainya.
Lain pula cerita di Jepun apabila cyber cafe ini telah menjadi tumpuan menjadi alternatif popular sejak tahun 1995 bagi pekerja yang terlalu letih untuk pulang ke rumah yang lebih jauh.
‘Cyber Homeless’ jadikan cyber cafe tempat penginapan
Kos sara hidup yang tinggi di Jepun menyumbang kepada kewujudan golongan yang dikenali sebagai ‘Cyber Homeless’ kerana menjadikan cyber cafe sebagai tempat penginapan seperti hostel dan hotel.
Sewa lebih murah, RM50 satu malam
Mereka memilih untuk tinggal di cyber cafe kerana sewa lebih murah berbanding jika menyewa sebuah apartment.
Sewa yang dikenakan bagi bilik kecil adalah lebih kurang RM50 untuk satu malam dan ada juga yang siap dengan bilik mandi sekali.
Banyak kemudahan disediakan
Kemudahan yang disediakan adalah internet tanpa had, ramen, air tin, TV, air panas selain dari vending machine dan turut menjual pakaian dalam.
Sangat membantu terutamanya pelancong
Bukan itu sahaja, ia juga sangat membantu terutamanya pelancong yang melancong secara bajet ke sana kerana Jepun adalah salah satu tempat paling mahal untuk dilawati.
Manfaatkan perkhidmatan Internet tanpa had
Mereka yang tinggal di sini adalah golongan yang tiada pekerjaan tetap. Oleh kerana itu, mereka memanfaatkan perkhidmatan internet untuk bekerja secara online bagi mendapatkan pendapatan untuk menampung kos sara hidup.
Sumber : Gambar Google
-
Travel5 years ago
Rakyat tempatan pengotor, pelancong asing pula yang kutip sampah di Langkawi
-
Foodie4 years ago
Khas untuk si ‘single’ ! Restoran Johor buat perkhidmatan carikan teman makan bersama
-
Foodie5 years ago
Model cilik minuman kordial F&N, kini sudah dewasa dan bakal bergelar ‘engineer’
-
Foodie4 years ago
Giliran Malaysia pula, Hello Kitty Carrier bakal dijual pada 27 November di McDonald’s
-
Foodie5 years ago
10 menu yang wajib dibeli jika anda singgah ke Family Mart Malaysia
-
Travel4 years ago
Kain ditenun penduduk, Garuda Indonesia perkenal uniform baru
-
Travel4 years ago
18 tahun plan, akhirnya 4 sahabat buat ‘reunion’ pakai uniform sekolah ‘travel’ ke Korea Selatan
-
Channel5 years ago
Roti Tsunami Pak Ali, Pantai Dalam Kuala Lumpur
You must be logged in to post a comment Login