Connect with us

Foodie

Cawangan pertama McD Malaysia jadi Mekdi sempena bulan Merdeka

Published

on

Sempena menyambut bulan kemerdekaan, McDonald’s cawangan Bukit Bintang menukar papan tanda restoran kepada slanga kebanyakan rakyat Malaysia iaitu Mekdi yang juga singkatan perkataan McD.

Lebih menarik perhatian apabila cawangan tersebut merupakan restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia setelah dibuka sejak 37 tahun lalu.

Walau bagaimanapun, perkataan Mekdi itu hanya digunakan buat sementara waktu selama tempoh sambutan  Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Sepanjang 37 tahun, rakyat Malaysia telah membantu membangunkan jenama McDonald’s Malaysia seperti yang dikenali hari ini.

“Sebagai tanda penghargaan atas sokongan berterusan pelanggan, kami telah memutuskan untuk menerima pakai nama panggilan mesra Mekdi yang diberikan kepada kami…

“…dimana ia kini sinonim dengan jenama McDonald’s,” kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasarannya, Melati Abdul Hai.

Bukan itu sahaja, pihak McDonald’s Malaysia juga memperkenalkan Nasi Lemak McD yang merupakan hidangan kegemaran ramai dan popular negara ini.

Dengan harapan agar nasi lemak diiktiraf secara rasmi sebagai hidangan kebangsaan, pihak mereka melakukan petisyen di laman web Change.org bagi mengumpul 1 juta tandatangan menjelang 16 September nanti.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending