Connect with us

Travel

Bulan Mei masa sesuai melancong ke Sydney, festival ‘Vivid Sydney’ diadakan

Published

on

Kepada orang ramai yang mempunyai perancangan untuk ke Australia bulan hadapan, inilah peluang anda untuk merasai suasana dan budaya di situ dengan menghadiri festival ‘Vivid Sydney 2019’.

Festival tahunan tersebut merupakan festival yang menggabungkan seni, musik dan idea, berlangsung selama 3 minggu dan akan bermula dari 24 Mei hingga 15 Jun.

Festival tersebut merangkumi beberapa bahagian iaitu Light, Music, Ideas dan Programs.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan lampu yang kreatif, pameran seni ‘installation’, persembahan musik, perbincangan dan pertukaran idea, jualan makanan dan banyak lagi.

Vivid light

Cantiknyaa…

Installation art pun ada!

Vivid music

Tambahan lagi, persembahan muzik juga akan diadakan dan disertai oleh pelbagai artis dari seluruh dunia. Antara artis yang akan memeriahkan persembahan ialah The Cure, Maggie Rogers, Underworld dan Herbie Hancock, bertempat di ‘Sydney Opera House’.

Penjualan tiket untuk persembahan tersebut telah dibuka untuk orang ramai.

Vivid ideas

Festival ini juga menjadi platform untuk para penggiat industri untuk berbincang dan bertukar idea antara satu sama lain. Antara panel yang terlibat ialah Esther Perel, Sebastian Smee dan Jocelyn Brewer.

Penggiat filem dari Amerika Syarikat, Spike Lee merupakan salah satu panel yang menjadi sebutan dan tumpuan orang ramai untuk tahun ini.

Dengan kepelbagaian aktiviti yang dianjurkan, sudah tentu festival ini akan menjadi tarikan utama kepada penduduk setempat dan pelancong asing pada bulan Mei dan April nanti.

Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk menghadiri festival ini , anda boleh mendapatkan tiket dan maklumat selanjutnya melalui laman rasmi ‘Vivid Sydney 2019’.

Sumber: Vivid Sydney 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending