Connect with us

Foodie

“Bukan April Fools!” -Starbucks Malaysia buat promosi RM12 untuk minuman saiz Grande

Published

on

Sempena dengan sambutan ‘April Fools’ pada hari ini, jenama seperti 7-Eleven telah memuat naik ‘prank’ mereka dengan memperkenalkan donut berperisa pedas dan tidak menyelerakan. Antara perisa tersebut ialah Malaysian Sambal, Hong Kong Sweet and Sour dan lain-lain lagi.

Namun, promosi yang dibuat oleh Starbucks Malaysia pada hari ini bukanlah ‘prank’ semata-mata kerana ianya adalah kenyataan. Promosi tersebut adalah “Grande-size of any of our selected handcrafted beverages for RM12.”

Jadi, pelanggan boleh menikmati beberapa jenis minuman Starbucks bersaiz Grande dengan harga RM12. Berita ini sudah semestinya mengembirakan peminat minuman Starbucks kerana minuman mereka biasanya dijual melebihi RM15.

Jom! RM12 je…

View this post on Instagram

No time for jokes this April Fool's! Time to get serious with a Grande-size of any of our selected handcrafted beverages* for RM12. Selected beverages: Cascara Macchiato, Triple Citrus Cold Brew, Chestnut Latte, Ground Black Tea Latte, White Chocolate Mocha Terms and conditions 1. Upsize is chargeable at RM1. 2. Beverage price is subject to 6% Service Tax. 3. Not entitled for Starbucks Card rewards. 4. Not valid with other discounts or promotions. 5. Applicable at all Starbucks stores in Malaysia except Sunway Lagoon kiosk, Petronas kiosks and GSC kiosk at IOI Mall Puchong.

A post shared by Starbucks Malaysia (@mystarbucks) on

Menerusi muat naik tersebut, antara minuman yang boleh didapati dengan harga RM12 ialah Cascara Macchiato, Triple Citrus Cold Brew, Chestnut Latte, Ground Black Tea Latte dan White Chocolate Mocha.

Tapi ada syarat ye gaiss…

Selain itu, terdapat beberapa syarat yang terkandung iaitu:

  1. Upsize akan dicaj RM1
  2. Harga minuman tertakluk dengan cukai perkhidmatan sebanyak 6%
  3. Tidak boleh digunakan bersama Starbucks Card Rewards
  4. Tidak boleh digunakan bersama diskaun atau promosi lain
  5. Boleh didapati di semua cawangan Starbucks di Malaysia kecuali kiosk Sunway Lagoon, Kiok Petronas dan kiosk GSC yang terletak di pusat beli-belah IOI, Puchong

Oleh itu, kepada penggemar minuman Starbucks, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan minuman Starbucks dalam saiz Grande dengan harga RM12 sahaja!

Sumber: Instagram

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending