Connect with us

Foodie

Buat resipi Oreo campur nasi, netizen mual dan jijik dengan hidangan aneh ini

Published

on

Nampaknya selepas siput sedut keju, muncul pula kombinasi makanan yang pelik iaitu ‘Oreo Rice’, gabungan antara oreo dan nasi sudah semestinya mengejutkan orang ramai.

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Wahyu Ilahi telah memuat naik hidangan tersebut di laman sosial miliknya yang telah tular di media sosial. Setakat ini, ia sudah mencecah 9,600 tanda suka (favourites) dan dikongsi (retweet) oleh 4,800 pengguna Twitter.

Rata-rata netizen memberi komen jijik tentang makanan tersebut dan merasakan gabungan tersebut tidak sesuai untuk dimakan. Selain itu, sesetengah netizen meninggalkan komen berbentuk ‘meme’ untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

You sick bastards…

Hello puliss!

https://twitter.com/alex_mtz_27/status/1109588362845806592

Looks like burnt rice…

Viral sampai ke luar negara gaiss…

Tambahan lagi, muat naik tersebut telah tular sehingga ke United Kingdom, apabila hidangan tersebut telah dipaparkan di portal yang bernama Metro.

Kepada mereka yang gemar bereksperimen dengan makanan, bolehlah mencuba hidangan yang aneh ini. Walaupun makanan tersebut kelihatan tidak menarik, namun berkemungkinan ia enak untuk dimakan.

Sumber: Twitter

Continue Reading
Click to comment

You must be logged in to post a comment Login

Leave a Reply

Pilihan Editor

Advertisement

Trending